Uncategorized

Lelaki tengking pekerja McD mohon maaf, bagitahu sebab kenapa dia tak tunjuk diri

TINDAKAN seorang pelanggan yang meninggikan suara terhadap petugas kaunter pandu lalu (drive-thru) restoran McDonald’s menyebabkan dia teruk dikecam sejak Ahad lalu.

Lelaki yang menggunakan nama Jue Andika Suria itu bagaimanapun tampil berkongsi kenyataan permohonan maaf menerusi satu video di saluran YouTube miliknya pada Isnin.

Menurut pelanggan tersebut, dia juga sudah menghubungi kakitangan restoran makanan segera itu untuk meluahkan rasa kesal atas tindakan yang dilakukannya.

“Pada hari ini saya Jue Andika, telah menghubungi pekerja dan pengurus restoran makanan segera McDonald’s yang berkenaan, bagi menyatakan kekesalan terhadap kelakuan saya seperti di dalam video yang telah tular di Twitter.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut di masa akan datang. Saya juga mengakui bahawa saya terlalu bertindak mengikut emosi semasa kejadian tersebut,” ujarnya.

Jelas Jue Andika, dia juga memilih untuk memuat naik video permohonan maaf dalam bentuk teks dan enggan menunjukkan wajah serta fizikalnya kerana bimbang menjadi mangsa hinaan orang ramai di media sosial.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua kerana saya tidak dapat menyediakan video untuk permohonan maaf ini, kerana bimbang akan wujud body shaming terhadap saya yang akan mengganggu emosi dan kesihatan saya.

“Sesungguhnya kenyataan permohonan maaf ini tulus dan ikhlas dari hati saya yang teramat merendah diri, yang paling lemah saat ini, yang paling hina sekali,” tulisnya lagi.

Setakat pagi Selasa, video itu menerima lebih 26,000 tontonan.

Menerusi Facebook, pemuda itu turut memaklumkan bahawa dia didiagnos dengan penyakit kemurungan iaitu Major Depressive Disorder (MDD) sejak tahun 2011.

Sesungguhnya kenyataan permohonan maaf ini tulus dan ikhlas dari hati saya.
JUE ANDIKA SURIA

Sebelum ini video memaparkan pemuda itu menengking pekerja restoran tersebut tular di media sosial sehingga dia dihujani kecaman ramai.

Dalam video tular itu, dia kelihatan berang selepas diajukan soalan berulang oleh pekerja berkenaan bagi mendapatkan kepastian mengenai pesanan yang dibuat olehnya.

Video itu dipercayai dirakam sendiri oleh pelanggan berkenaan dari dalam keretanya sebelum ia dikongsi ke aplikasi TikTok.

Rakaman tersebut bagaimanapun ‘lesap’ selepas empunya badan dikecam netizen sehingga dia turut meletakkan akaun TikTok miliknya dalam mod privasi.

Ciapan restoran tersebut menerusi Twitter dipercayai ada kaitan dengan kejadian berkenaan.

Malang menimpa lelaki tersebut apabila ada netizen yang sudah memuat turun video tersebut sebelum ia disebarkan semula ke platform Twitter.

Rata-rata netizen mengecam pelanggan itu yang disifatkan biadab dan tidak bertimbang rasa terhadap pekerja restoran.

Dalam pada itu, akaun Twitter rasmi @McDMalaysia pada Isnin turut memuat naik satu ciapan, seolah-olah ada kaitan dengan insiden berkenaan.

“Saje nak cakap… memang bukan mudah dan bukan calang-calang orang boleh kerja drive-thru McD.

“Panas sikit sejak-dua menjak ni,” tulis pengendali akaun berkenaan di Twitter sehingga meraih lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki menengking pekerja McDonald’s ketika drive-thru. Difahamkan, lelaki ini merakam dirinya sendiri ketika membeli makanan.

Tiba-tiba tengking?

Pada mulanya, semuanya nampak baik dan normal sahaja ketika lelaki ini membuat pesanan makanan. Namun, dia secara tiba-tiba menengking pekerja McDonald’s tersebut gara-gara kurang mendengari apa yang dipesannya.

Malah jika dilihat daripada video tersebut, pekerja McDonald’s tersebut dilihat berkata-kata dengan nada yang sopan dan tidak meninggikan suara.

Ditengking sekali lagi

Ketika membuat pembayaran, lelaki ini turut menegur pekerja tersebut agar melayan pelanggan dengan elok. Disebabkan menunggu baki wang sedikit lama, lelaki ini sekali lagi menengking pekerja tersebut.

“Cepat la! Terhegeh-hegeh!”, tengking lelaki ini kepada pekerja itu.

Difahamkan, video ini pada mulanya dimuat naik individu itu di akaun TikTok, namun dipadam selepas menerima kecaman yang banyak.

VIDEO:

Bekas pekerja dedah situasi

Video ini mendapat reaksi warganet yang kurang senang dengan lelaki tersebut. Menurut seorang bekas pekerja McDonald’s, kadang kala pekerja di situ bukan sahaja perlu mendengar pesanan pelanggan, malah perlu berkomunikasi dengan pelanggan yang membuat bayaran juga.

sumber:mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.