Hiburan

“lG Abam Pun Saya Tak BoIeh Buka” – Nor Hidayah dah menang, Ali Puteh Buka Satu Lagi Kisah Sedih

BARU saja menarik nafas lega setelah menang k3s s4man fitn4h, balu Allahyrham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali terpksa kembali ke mahkamah sedikit masa lagi.

Ia susulan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat yang berpihak kepadanya.

Menurut Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia mendapati wujud beberapa fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

Apabila ditanya tentang anak saudaranya anak lelaki arwh Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey yang kini sudah pun berusia 3 tahun. menurutnya, dirinya tidak diberi peluang untuk berhubung dengan anak saudaranya.

“Sebenarnya orang cakap benda yang sama, sebagai bapa saudara saya perlu ambil tahu, benda itu betul memang tanggungjawab saya. Ini aib keluarga bila saya cerita orang cakap saya nak bur0kkan keadaan.

“Saya tidak diberikan peluang untuk berhubung dengan anak saudara. Macam mana nak berhubung arwh abam punya IG pun saya tak boleh buka. Tapi sampai suatu masa saya tahu mana nak berjumpa dan perlu ambil tahu pasal dia, kerana dia waris saya.

Menurut Ali lagi, sekarang ini dia masih tidak mempunyai masa untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan anak saudaranya itu belum diberi ruang. Saya tak burukkan keadaan, ris4u kalau saya pergi ke rumahnya akan dikata serbu datang sesuka hati. Saya tak mahu lsu itu timbul.

Menjengah ke ruangan k0men, netizen menasihati Ali supaya akur dengan kekalahannya pada hari ini dan terima dengan hati yang terbuka dan biarkan Hidayah sahaja menjaga anak saudaranya kerana Hidayah adalah ibunya dan semestinya setiap ibu akan menjaga anaknya dengan baik.

Komen Netizen:

Nor Hidayah dah menang, Ali Puteh tetap mahu lawan

PELANGI yang dinanti-nantikan. Barangkali frasa tersebut yang dapat menggambarkan perasaan balu pelawak terkenal, Alllahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali ketika ini.

Semuanya selepas adik iparnya yang juga selaku defendan Ali Puteh diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membayar sebanyak RM60,000 kepada Norhidayah berhubung laporan kes berpunca daripada hantaran Instagram yang didakwa menjatuhkan maruah dan mengaibkan isteri arwah dua tahun lalu.

Memetik kata-kata Hakim Zulqarnain Hassan dalam prosiding mahkamah Jumaat lalu, perkataan dalam hantaran tersebut amat keras terhadap seorang wanita yang baru beberapa hari kematian suami.

“Itu adalah kata-kata yang amat keras dan melampau seolah-olah isteri arwah (plaintif) adalah spesies asing yang kerjanya merompak harta orang tanpa ada hati dan perasaan.

“Apatah lagi jika ditujukan kepada seorang wanita yang baru beberapa hari hilang tempat bergantung, masih bersedih dengan kematian pasangan hidup dan risau bagaimana ingin membesarkan anak kecil yang berusia lebih kurang setahun,” katanya.

Mendalam tetapi ungkapan tersebut penuh moral agar mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya melemparkan kenyataan yang menghiris hati seorang wanita bergelar ibu tunggal.

Kemenangan yang dinanti

Ya, dia ibu tunggal. Situasi yang dilalui Norhidayah pada Jumaat lalu juga seumpama kemenangan kepada golongan ibu tunggal yang tanpa lelah memperjuangkan hak selayaknya untuk mereka kecapi.

Pasti muncul satu perasaan lega dalam dirinya selepas usahanya turun naik mahkamah sejak tahun 2020 berakhir dengan kemenangan yang turut dinanti-nanti ramai.

Kontroversi mula tercetus selepas Nor Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman-menyaman antara mereka turut melibatkan isu harta peninggalan Allahyarham yang ketika itu masih kabur menjadi hak mana-mana pihak.

Saman yang difailkan Nor Hidayah antara lain menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim, selain tuntutan faraid, hak penjagaan anak dan tuntutan kereta.

Tidak memberi respons panjang usai keputusan mahkamah, Nor Hidayah, 29, yang matanya memantulkan rasa lega dan gembira, hanya memohon orang ramai mendoakan diri dan anaknya sentiasa melalui kehidupan dengan baik.

“Alhamdulillah puas hati (keputusan mahkamah) dan saya sudah rasa lega.

“Doakan yang terbaik untuk saya dan anak,” katanya ringkas.

Nadanya kedengaran sebak, mungkin kelegaan yang dirasainya akan membawa sinar baharu dalam fasa kehidupan mendatang.

Menyingkap semula kehidupan Norhidayah selepas pemergian suami tercinta, dia mengambil keputusan mengejutkan ramai apabila pulang ke pangkuan ibu bapa di kampung halaman di Sabak Bernam kurang seminggu selepas Abam meninggal dunia.

Sehingga hari ini, punca persengketaan antara keluarga Allahyarham dengan Norhidayah dikatakan berpunca daripada harta peninggalan Abam.

Akur keputusan, buat rayuan

Di sebalik kemenangan Nor Hidayah, keputusan tersebut akan terus disanggah oleh Ali.

Meskipun akur, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, bertegas, semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya tidak benar.

Dia juga bakal memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi membetulkan beberapa fakta yang didakwanya sebagai kurang tepat.

“Saya akur dengan keputusan ini tetapi saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana terdapat fakta yang tidak tepat,” katanya.

Ditanya mengenai kecaman netizen, Ali awal-awal lagi sudah bersedia. Katanya, kebanyakan netizen yang menghentam dan mengecam tidak mengetahui kronologi sebenar kes saman yang berlaku antara dirinya dan Norhidayah.

“Netizen yang menghentam bahawa saya yang menyaman, sebenarnya yang memulakan ialah Nor Hidayah. Saman ini bermula 15 hari selepas Abam meninggal.

“Saya dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 dan saya sudah diberi notis untuk diheret ke mahkamah. Kemudian saya perlu jawab dan menghantar saman balas,” jelasnya.

Ditebak dengan soalan dakwaan dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak Allahyarham iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun, Ali menegaskan dia tidak diberi peluang untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Orang minta saya ambil berat tentang anak saudara tetapi saya tidak diberi peluang untuk berhubung dengan anak saudara. Macam mana saya nak berhubung, Instagram Abam pun saya tidak boleh buka.

“Saya tahu itu waris saya, sampai satu masa saya tahu mana nak cari dia. Sedikit sebanyak, anak arwah tanggungjawab saya juga,” katanya.

Ujarnya, pihak luar tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

“Saya bukan nak burukkan keadaan kerana tidak diberi ruang. Saya risau jika saya pergi (melawat anak arwah), akan timbul isu saya serbu dan sebagainya,” tuturnya usai prosiding di pekarangan mahkamah tempoh hari.

Apa pun yang terjadi kelegaan yang diraih Nor Hidayah hari ini diharap bakal membawa 1,001 sinar baharu dalam kehidupannya, namun perjuangannya untuk mendapatkan hak sebagai balu Allahyarham masih belum berakhir.

Janganlah hanya kerana harta yang tidak boleh dibawa masuk ke liang lahad itu menjadi punca putusnya hubungan kekeluargaan yang sebelum ini terjalin erat.

Sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.