Hiburan

“Mcm pelakon terkenal” Anak Siti Sarah peluk wanita mana? Ramai syak bakal ibu tiri

VIDEO anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arwah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

“Aunty kesayangan teman Dekta (Talita) kerja.

“Kalau tiada aunty, tak nak kerja. Nasib baik aunty tak sibuk… rajin melayan,” tulis pengendali akaun tersebut pada ruangan kapsyen.

Wajah wanita berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan dengan jelas apabila ia disunting dengan meletakkan emoji.

Di ruangan komen, netizen mula berteka-teki dan nama pelakon Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video berkenaan.

“Macam Wan Sharmila.

“Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu,” komen netizen.

Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Malah dia juga sudah mendapat lampu hijau daripada ibunya untuk mencari teman pengganti.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Ayash ayng dilahirkan secara pembedahan ketika usia kandungan arwah Sarah lapan bulan

Selain Talita, mereka dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan yang baru berusia 6 bulan.

Ayash dilahirkan secara pembedahan ketika arwah Sarah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Industri cantas mencantas dilihat semakin menjadi kegemaran ramai wanita sejak akhir-akhir ini. Akibat tamak dan terlalu pentingkan kebendaan sehingga sanggup seseorang wanita itu jadikan lelaki berstatus suami orang sebagai pilihan singkat demi kebahagiaan diri.

Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 mengisarkan jalan cerita konflik ibu mertua dan isu orang ketiga dalam rumah tangga. Bukan kisah drama tersebut yang ingin penulis kongsikan tetapi watak yang turut menjadi tempias, iaitu Sofi yang dilakonkan oleh Wan Sharmila.

UMUR DAH NAK MASUK 40 TAHUN, WAN SHARMILA MASIH LAGI SOLO

Ramai yang tidak menyangka bahawa pelakon berkenaan sudah pun menganjak usia 39 tahun. Namun sehingga hari ini, dia masih lagi belum ada perancangan menamatkan zaman solonya itu.

Selesa disapa sebagai Lala, dia pernah berkahwin pada tahun 2007 dengan pasangannya bernama Fazli Bahrom yang juga seorang penerbit drama. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila masing-masing bersetuju membawa haluan sendiri selepas dua tahun berumah tangga.

Akui Lala, selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu, sehingga kini dia masih lagi belum menemui individu yang mampu menambat hati. Bukan mudah mencari pasangan, menurutnya dia langsung tidak memilih soal berkawan.

“Tahun ini kita semua kena hadap pandemikk. Kalau ada perancangan nak kahwin pun terbantut. Saya tak ada perancangan untuk berkahwin tahun ini. Calon pun belum ada.”

TAK KISAH BERKAWAN DENGAN SUAMI ORANG

Disapa mengenai status suami orang, jelas Lala yang dia tidak kisah atau penghalang dirinya dari terus berkawan dengan sesiapa sahaja bahkan suami orang sekali pun kerana berpendapat tidak ada salahnya menjalinkan persahabatan dengan golongan sedemikian.

“Walau individu itu suami orang tapi sekadar kawan biasa, apa salahnya. Kalau dia nak melebih, sini saya hubungi isteri dia dulu.” Seloroh Lala.
Sejak drama 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi trending, ramai peminat menginginkan Sofi dan Helmi (dilakonkan Syazwan Zulkifly) disatukan dalam dunia nyata. Keserasian mereka membuahkan hasil apabila lakonan penuh emosi terkesan kepada penonton.

Jodoh dan ketentuan terletak di tangan Tuhan. Sama-sama kita doakan agar Wan Sharmila bertemu dengan individu yang mampu membahagiakan hidupnya kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.