Amalan Hiburan

Padah langgar SOP, KJ arah k0mpaun Hishammuddin, beberapa pemimpin lain. Ini respon Hishammuddin

KEMPEN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ditetapkan pada 12 Mac depan nampaknya semakin hangat dengan penganjuran pelbagai acara politik.

Terbaharu, video kemeriahan ketika Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar pada Ahad turut menjadi perbualan ramai kerana berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pemimpin politik serta pengunjung yang hadir.

Antara yang berada dalam acara itu termasuklah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad serta Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

Pada Ahad petang, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memuat naik satu ciapan di Twitter, mengarahkan kementeriannya mengeluarkan kompaun kepada tiga figura politik itu, pemimpin-pemimpin utama yang hadir serta penganjur.

“Saya telah mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342.

“KKM Putrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” tulisnya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Februari lalu menetapkan 12 Mac sebagai tarikh PRN Johor.

SPR turut mengumumkan hari penamaan calon pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal 8 Mac.

Seramai 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor, dengan 2.576 juta merupakan pengundi biasa.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN Johor diadakan.

Khairy mengarahkan KKM mengeluarkan kompaun kepada tiga figura politik itu, pemimpin-pemimpin utama yang hadir serta penganjur.

INI pengajaran untuk semua.

Demikian kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengakui kesilapannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar pada Ahad.

“Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi, salah tetap salah.

“Tiada siapa terkecuali daripada undang-undang, termasuk diri saya. Ini pengajaran untuk semua,” ujarnya.

Dalam satu video, Hishammuddin berkata dia tidak tahu bahawa perkara tersebut akan berlaku.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memuat naik satu ciapan di Twitter, mengarahkan kementeriannya mengeluarkan kompaun kepada Hishammuddin serta Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

Selain itu, Khairy turut mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun pemimpin-pemimpin utama lain yang hadir serta penganjur.

“Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342.

“KKM Putrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” tulis Khairy di Twitter.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Februari lalu menetapkan 12 Mac sebagai tarikh PRN Johor.

SPR turut mengumumkan hari penamaan calon pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal 8 Mac.

Leave a Reply

Your email address will not be published.