Hiburan

Pernah terpaksa ambil upah basuh pinggan di kedai makan, kini Ashira usaha cari dana RM30,000 bertanding di AS sampai dipertikaikan segelintir pihak

PERASAAN teruja bakal mewakili Malaysia di Champianship of Performing Arts (WCOPA) terbantut apabila usaha penyanyi Ashira mengumpul dana dipertikaikan segelintir pihak.

Kata mereka tindakan Ashira mencari dana berjumlah RM30,000 untuk persiapan dan perbelanjaan ke Amerika Syarikat itu dianggap netizen sebagai buang masa.

Malah, segelintir netizen mencadangkan agar penyanyi itu menggunakan dana berkenaan untuk menampung kehidupan sehariannya yang kini berdepan kesukaran hidup.

Bagaimanapun Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menjelaskan kenyataannya sebelum ini bagi mencari dana itu telah disalah tafsir netizen.

Isteri kepada penyanyi Bad Indigo ini berkata, dia tidak mengharapkan sumbangan orang ramai sebaliknya memohon dana daripada persatuan atau badan korporat yang sudi menaja perbelanjaannya.

Ashira terkilan kisah rumah tangga bersama Bad Indigo menjadi bualan

“Orang mudah salah faham dan buat cerita tanpa tahu perkara sebenar.

“Takkan saya nak minta duit daripada orang ramai. Saya dan juga beberapa wakil Malaysia lain cuba untuk memohon dana daripada mana-mana persatuan atau badan untuk menampung kos ke sana.

“Dana tersebut bukanlah untuk perbelanjaan saya shopping, tetapi akan digunakan untuk bayaran menyertai WCOPA, tiket penerbangan dan penginapan di sana,” ujarnya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, Ashira memaklumkan terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan bertaraf dunia WCOPA di Amerika Syarikat pada Julai depan.

Hal berkaitan keluarga adalah kisah peribadi dan biarlah saya simpan sendiri

Dalam pada itu, Ashira juga terkilan apabila sesetengah pihak turut mengaitkan usaha itu dengan kesempitan hidup dalam rumah tangganya.

Bagi Ashira, kisah peribadi yang dilaluinya tidak perlu dipersoalkan dan cukuplah hanya dia sahaja yang menanggung susah atau senang hidup berkeluarga.

“Saya baca komen yang bercakap tentang kisah rumah tangga saya. Memang rasa sedih.

“Bagaimanapun tak perlulah saya bercerita lanjut. Mereka tidak rasa apa yang saya lalui selama ini.

“Hal berkaitan keluarga adalah kisah peribadi dan biarlah saya simpan sendiri,” katanya.

Terdahulu menerusi ruangan forum hiburan, rata-rata netizen membantah usaha Ashira itu kerana menurut mereka ia sesuatu yang sia-sia.

“Kasihan… RM30,000 tu lebih baik guna untuk sara diri dan suami. Ambil tahu tentang keutamaan la. Orang tahu keadaan awak macam mana.

“Kalau tak menang dapat bawa balik hadiah apa? Trofi dan sijil je ke? Tak payahlah. Kalau ada RM30,000 tu baik usahakan bisnes kecil-kecilan supaya duit tu berkembang.

“Kalau menang pun berapa tahun je nama kau dijulang-julang? Lagi la dengan kesuraman industri hiburan sekarang ni, setahun dua lagi merudum balik dik. Cari la sesuatu yang lain untuk survival hidup,” kata beberapa netizen.

Akan mewakili Malaysia ke WCOPA di Amerika Syarikat yang dijadualkan pada Julai nanti

Bercerita lanjut tentang usaha mengumpul dana ke AS, Ashira memberitahu belum mendapat sebarang maklum balas meskipun sudah menghantar beberapa permohonan.

Kata Ashira dia memerlukan dana secukupnya sebelum akhir Mac ini bagi pengesahan tempat di WCOPA.

“Saya bersama peserta lain perlu menghantar segala dokumen sebelum hujung Mac ini.

“Jika tiada rezeki dan gagal mengumpul dana secukupnya saya reda tidak berpeluang ke sana walau dalam hati sangat mahukan peluang ini.

“Saya sentiasa berfikiran kalau betul ada rezeki ke sana, segala urusan akan dipermudahkan,” jelasnya.

Selain Ashira, penyanyi lain yang akan bertanding bagi kategori senior vocal adalah Pija Mentor, Thalia Rasul dan Erul Samah.

Bad Indigo jatuh sakit selepas kahwin, Ashira terpaksa ambil upah basuh pinggan di kedai makan

MASALAH kesihatan yang dihadapi Bad Indigo sehingga lima jari kaki terpaksa dipotong tidak menjejaskan kasih sayang isterinya iaitu penyanyi Ashira untuk terus berada di sisi.

Ikhlas menerima keadaan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menganggap apa yang sedang mereka lalui adalah satu ujian dalam rumah tangga.

“Tak tahu nak kata apa, ini adalah ujian selepas berumah tangga dengan dia tiba-tiba jatuh sakit.

“Semasa Covid-19 ni besar dugaan saya hadapi. Saya dan ahli keluarga positif Covid-19, kemudian saya kehilangan mak tiri disebabkan virus itu juga,” katanya kepada mStar.

Tidak mahu patah semangat, Ashira berkata dia sentiasa berfikiran positif dan menerima ujian yang diberikan Allah.

Ashira terima kekurangan Bad seadanya.

Bad berdepan kesukaran untuk berjalan apabila lima jadi kaki terpaksa dibuang.

Kata bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini, dia banyak berdoa agar diberikan kekuatan untuk berdepan ujian yang datang.

“Semasa Covid-19 ni juga saya rasa tak kuat dah sebenarnya, saya down gila-gila sebab banyak ujian.

“Tapi saya fikir balik saya perlu jadi kuat, sebab apa-apa pun yang jadi bukan kita minta dan kita minta pada Allah agar permudahkan segalanya,” ujarnya.

Weekend saya kerja kedai makan kawan saya dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order.

Dalam pada itu, bercerita tentang sumber pendapatannya, Ashira berkata, dia melakukan kerja sambilan di sebuah restoran di Puchong, Selangor pada setiap hujung minggu.

Dia juga membuat reviu berbayar di Instagram bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

“Saya tak ada kerja semenjak habis Gegar Vaganza (GV) dan PKP sampai sekarang memang tak ada kerja nak buat, saya just buat review la sedikit sebanyak dapat membantu.

Ashira akan terus berada di sisi suaminya Bad Indigo.

“Saya masih menanti kalau ada panggilan untuk menyanyi tapi masih belum ada rezeki, weekend saya kerja kedai makan dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order.

“Nak cakap struggle tu tak, Alhamdululliah cukup makan, ada tempat tinggal. Selain itu ada beberapa insan dan kawan-kawan yang tolong,” ujarnya.

Pada 30 November lalu, mStar melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Bad berkata, dia terpaksa berjalan menggunakan ‘walker’ bagi membantu pergerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.