Amalan

Pihak Masjid Akhirnya Jawab Dakwaan Lelaki Di Minta Pindah Dari Saf Depan

Terdahulu  Seorang lelaki di laman sosial Facebook mendakwa diminta oleh pihak pentadbiran sebuah masjid untuk beralih saf selepas berada di saf hadapan.

Jelas lelaki yang menggunakan nama Abu Al Zahra itu berkata, pada Jumaat lalu, dia yang datang awal untuk mengerjakan solat Jumaat terus ke saf hadapan kerana saf itu masih kosong kemudian diminta untuk beralih saf kerana didakwa saf hadapan adalah untuk VIP dan ahli jawatan kuasa masjid.

“Kisahnya hari ini. Datang awal. Dan terus ke saf depan paling kiri sekali. Selepas mendirikan tahyitul masjid, datang pihak pentadbir masjid kata saf depan ni semua khas untuk AJK masjid.

“Sejadah yang dilabel hanya sejadah Imam dan VVIP sahaja. Dimintanya kita pindah ke saf lain selain saf depan.
“Soalan: Apa hukum melarang jemaah yang telah duduk di saf hadapan untuk diberi kepada pihak lain?” soalnya.

Tulisnya lagi, saf tersebut masih kosong sehingga statusnya ditulis di Facebook, sehingga pukul 1.19 tengah hari saf tersebut masih lagi kosong.

Ahli Jawatan kuasa (AJK) masjid yang didakwa melakukan perkara itu adalah Masjid Al-Mustakim di Ampang.


Rata-rata orang ramai juga turut meninggalkan komen masing-masing dan menyifatkan AJK masjid tersebut tidak perlu memperlakukan hal tersebut.

“Dah ada lagi isu saf depan dan masuk masjid ni khas untuk golongan-golongan yang dipilih. Kenapa VVIP, AJK masjid ni dapat pahala lebih ke?

“Kalau ada jawatan tu datanglah awal, jangan timbulkan masalah macam ni, orang nak solat janganlah ada halangan yang tak sepatutnya,” jelas Mat Roypi.

“Apa masalah AJK masjid ni, apa yang teruk sangat? Cuba jangan ada peraturan mengarut macam ni, dah tu kalau AJK tu tidak datang kosong lah saf tu.

“Di sisi Allah kita semua ni sama, tak kiralah kau ni VIP ke siapa. Tolong la jangan ada ‘double standard’ macam ni lagi,” kata Rosdi Manaf. K! ONLINE

Pihak Masjid Tampil Jelaskan

Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih memohon agar tidak tularkan perkara yang menga.ibkan masjid tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Perkara tersebut berkaitan mengenai seorang lelaki yang memuat naik status berkaitan pihak pentadbiran sebuah masjid untuk beralih saf selepas berada di saf hadapan.

Melalui Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih berkata, pihaknya mengakui kehadiran pemuda tersebut untuk mengerjakan solat Jumaat pada Jumaat lalu.

Tambahnya, saf hadapan itu dikhaskan kepada ahli jawatan kuasa Masjid Al-Mustaqim di Ampang kerana mereka hadir lebih awal.

“Betul beliau lelaki itu hadir awal di masjid. Tetapi, imam dan bilal Masjid Al-Mustaqim, Ampang ada 12 orang. Mereka ahli jawatankuasa masjid hadir awal di masjid.

“Mereka menjaga pintu masuk, jaga pintu dewan, jaga laluan masuk. Jadi mereka memang awal lagi hadir dan selayaknya mereka di hadapan,” kata kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook tersebut hari ini.

Tambah pihaknya lagi, d.akwaan lelaki tesebut antara perkara yang menga.ibkan masjid yang merupakan rumah Allah.

“Mohon tidak tularkan perkara a.ibkan masjid tanpa siasat. Saya sendiri berurusan pengurusan jenazah di Masjid Al-Mustaqim ini.

“Mereka menggunakan duit tabung masjid untuk pengurusan secara percuma bagi anak kariah mereka. Sangat telus. Sama-sama kita menjaga rumah Allah,” katanya.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.