Hiburan

Sah jadi Isteri Kepada Farhan Pagi ini. “Di alam realiti, saya melalui pahit getir dlm mencari cinta sejati”

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, 35, di Masjid Negara di sini, pada jam 9.20 pagi tadi.

Majlis akad nikah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan mempelai diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis akad nikah, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran RM30,000.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Bekas penyampai radio Suria FM itu berharap kehidupan bersama suami dipermudahkan.

“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

“Namun, sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan ditempuhi. Di alam realiti, saya melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.

“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi selepas hujan.

Pasangan mempelai diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza dan dinikahkan Ustaz Ehsan di Masjid Negara di Kuala Lumpur, pagi tadi. Foto Ihsan Zulin Aziz
“Akhir tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah.

Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan membuatkan dirinya tertawan.

“Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga pendengar setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja.

“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sejak zaman saya berisi dan berjaya menurunkan berat badan.

“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak… Insya-Allah,” katanya

Mengenai zuriat dan perancangan bulan madu, Zulin berkata, dia dan suami belum dapat memberi kata putus dan terbuka menerima apa saja rezeki mendatang.

“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan beri. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.

“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi. sambil bekerja, selitlah mana sempat untuk berbulan madu.

“Rancangannya macam hendak pergi Turki, tetapi situasi semasa pandemik COVID-19 membimbangkan… Belum ada kata putus,” katanya.

Sementara itu, Farhan atau nama penuh, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin sebagai wanita berhati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarga.

“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan seterusnya bercinta dan kini jadi suami isteri.

“Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.

“Kami pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu, Oktober tahun lalu.

“Sejak itu, saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah.

“Zulin ada ciri-ciri lengkap itu,” katanya.

Malam ini, pasangan sama padan sama cantik itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam.

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa teruja setelah melihat perkongsian pelakon drama bersiri PenjaraJanji ini.

Pada masa sama, peminat turut mendoakan agar segala urusan bintang jelita ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Moga dipermudahkan segalanya,” titip seorang netlzen.

“Ahh tak zabarrr nye nak tgok korang kawen,” tulis seorang

wargamaya. “Cantiknya. Serasi bersama ….,” puji peminat.

“Tak sabarnya nk tgk korang kawin,” Iuah lagi seorang peminat.

Terdahulu, Zulin telah mengikat tali pertunangan bersama Farhan pada 28 Januari lalu.

Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan sederhana di kediaman abang kepada bintang berkenaan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

10 Fakta Biodata Zulin Aziz Yang Ramai Tak Tahu!

1. Zulin Aziz adalah anak kedua dalam keluarga, daripada keseluruhan enam orang adik beradik.

2. Beliau merupakan hasil penyatuan hidup bapanya yang berasal dari negeri Perak, dan ibunya yang berasal dari Sarawak.

3. Bapanya, Abdul Aziz Jaafar pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah rendah yang mengajar beberapa jenis subjek, antaranya pendidikan muzik dan bahasa Melayu.

4. Bapa Zulin meninggal dunia di dewan, ketika sedang menonton Zulin bertanding secara langsung di minggu ketujuh program realiti, Pilih Kasih musim pertama.

5. Beliau merupakan teman rapat kepada pengacara Sherry Alhadad dan pelakon Fikry Ibrahim.
zulin aziz diet

6. Zulin membuat ‘kejutan’ apabila berjaya mengubah penampilan fizikalnya, dengan mengamalkan diet menerusi penurunan berat badan dari sekitar 80 lebih kilogram (kg) ke 58 kg!

7. Beliau mendedahkan dirinya pernah mengalami zaman susah hingga terpaksa ikat perut dengan hanya berkemampuan menjamah bubur kosong.

8. Pernah mendapat jolokan sebagai ‘ratu ajuk suara’ kerana seringkali meniru suara rakan selebriti.

9. Bakal suaminya, Farhan Norzaini dikatakan netizen mempunyai iras wajah suami kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar kerana memiliki ketampanan raut wajah yang serupa.

10. Beliau menyifatkan kekasihnya itu sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga kerana sentiasa bekerja keras. Malah memiliki perwatakan yang tegas dan menjaga dirinya sebaiknya tanpa berkira soal kudrat dan duit.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.