Uncategorized

Sampai Sakit Kepala, Neelofa Bagitahu Kenapa Dia Rasa Sedih Sngat Bila Kenang Nasib Rayan

TRAGEDI yang menimpa kanak-kanak Magribi, Allahyarham Rayan Awram meninggalkan kesan mendalam kepada ramai orang di seluruh dunia.

Berita sedih ini turut menyentuh hati selebriti dan usahawan Neelofa yang berkongsi perasaan sedih dan pilu dengan kejadian ini.

Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan anak, Neelofa berkata, dia merasai kesedihan bagaimana perasaan kehilangan seorang anak.

“Sebagai seorang yang baru merasa menjadi ibu juga kepada anak lelaki, berita ini betul-betul memberi kesan kepada saya sepanjang hari semalam.

Neelofa dan suami, Muhammad Haris baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama

“Jadi sakit kepala melihat posting tentang Rayan.

“Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini,” tulis Neelofa.

Seperti juga orang lain yang mengikuti perkembangan Rayan, Neelofa turut sama menitipkan doa buat arwah dan keluarga.

Jadi sakit kepala melihat posting tentang Rayan

“Semoga Allah mudahkan keluarganya untuk lalui ketentuan-Nya dan menanti Rayan di pintu syurga,” tulis Neelofa di Instagram pada Ahad.

Berita adik Rayan yang terjatuh di sebuah perigi sedalam 32 meter sejak Selasa lalu mendapat liputan seluruh dunia

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada Mac 2020

Rayan dilaporkan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dari lubang perigi.

Sementara itu Neelofa pula baru sahaja menyambut kelahiran anak lelaki pertama pada 29 Januari yang diberi nama Muhammad Bilal.

Rayan: Ismail Sabri, keluarga ucap takziah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau berkata, Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram.

“Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” katanya dalam catatan tersebut pada Ahad.

Rayan terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.

Lewat malam Sabtu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.