Amalan

“Saya Nak Tahu Sebab, Bukan Nak Pukul Pun” – Yusof Azmi Nak Jumpa YouTuber, Ini Sebabnya

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi meluahkan rasa tidak puas hati apabila sebuah filem yang mengangkat dunia persilatan dikritik teruk oleh seorang YouTuber popular.Menerusi video berdurasi 40 minit dimuat naik di Facebook itu, Yusuf dilihat kecewa kerana filem itu seolah-oleh dihin4 dalam kalangan bangsa Melayu.
“Siapa saja boleh kritik, beri nasihat. Tiada masalah nak k.utuk.

“Tapi ada kaedah untuk beri kritikan, jangan buat kritikan tidak membina. Ini kritikan yang menghina.

“Bila kita menghina dunia persilatan, menghina4orang Melayu, hina orang Islam, kita kena ambil iktibar.

“Awak ni kalau nak bercakap tolonglah tengok-tengok sikit sebab diri dan jasad awak milik Allah. Yang awak nak hina ni bangsa awak sendiri, cakap melalui batas,” katanya.
Tambah Yusof, disebabkan itu, dia berhasrat untuk berjumpa duduk semeja dengan YouTuber tersebut.

““Saya nak jumpa saya nak berdepan dengan anda, Boleh saya datang ziarah untuk saya nak ta’aaruf berkenalan.

Terdahulu, YouTuber yang juga pengkritik filem itu memberikan rating 3/5 beserta emoji najis.
Menurut YouTuber tersebut, filem berkenaan agak teruk daripada segi sudut kamera, skrip, dan bunyi.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Yusuf Azmi dilihat seolah menyer4ng peribadi dan bukannya berkisarkan filem tersebut. Orang ramai merasakan apa yang disentuh oleh Zhaf adalah kritikan mengenai teknikal filem tersebut bukannya dunia persilatan mahupun bangsa melayu.

“Banyak kali juga menyokong usaha Yusuf Azmi sebelum ni. Dan saya juga banyak tak setuju dgn ZhafVlog sebab cara dia. Tapi apa ni bang. Tak rileknya. Dia komen tentang teknikal filem lah. Yang pergi melarat video serang personal tu dah kenapa? Soal personal melayu dan silat. Tibernya,” kata salah seorang netizen di bahagian komen

“Bang dia bukan hina orang melayu, seni silat atau agama. Perkataan Abang tu macam fitnah dia pulak.. Zhaf tu dia komen pasal teknikal filem.. macam skrip, cinematography, angle camere, plot cerita, lakonan, audio.. kalau dia komen sampah tu maksudnya merujuk kepada teknikal filem tu.. bukan nk hina silat, bangsa atau agama,” kata salah seorang netizen yang lain.

Filem Syahadan yang menampilkan juara silat dunia dan pesilat negara Al Jufferi Jamari sebagai pelakon utama mengisahkan seorang pemuda berlatih silat yang perlu menghadapi perjuangan mental dan fizikal untuk menentang sindiket samseng di kampungnya. Selain Al Jufferi, antara mereka yang berlakon di dalam filem ini ialah Anuar Rahman, Bob Megat, Fauzi Khalid, Taqiyuddin Hamid dan para-para atlet pesilat negara.

Sebelum ini Zhafvlog dalam kenyataannya di laman Twitter berkata; “From Budak Kripto to Budak Silat real quick! Sound out, camera angle teruk, script jahanam dan cringe. Short film youtuber lagi berkali ganda berkualiti. Genre bersepah kejap drama, kejap lawak bodoh, kejap macam Scott Pilgrim.”

Beliau turut menambah; “Surprisingly Tok Guru lagi pandai berlakon dan lontarkan dialog. Villain baca script macam baca buku teks. Fighting sequence terlalu amatur, tiada pergerakkan yang mengujakan. No wonder Astro dulu taknak amik untuk ditayangkan di Astro First, terlalu S4MPAH.”

sumber:astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.