Uncategorized

Selepas 2 tahun bertahan, Fizz Fairuz positif C0vid. Dari mana dia dijangkiti diceritakan

DUA tahun bertahan, pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan dirinya akhirnya dijangkiti virus Covid-19 pada Khamis.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, dia disahkan positif selepas enam hari menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19.

“Selama dua tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan tapi akhirnya tewas juga, hari ini.. hari ini aku disahkan positif Covid-19.
“Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pula… sebelum ini jumpa kawan-kawan kan.. so kena inform juga, tak nak selfish.

“Setiap pagi buat swab test, ingat contact rapat jer, selepas enam hari positif,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz berkata, dia tidak mengalami sebarang simptom dan bersyukur isterinya Datin AlmyNadia serta empat anaknya tidak dijangkiti virus berkenaan.
Fizz Fairuz positif Covid-19.

Dia juga meminta sesiapa yang ada bertemu dengannya membuat ujian calitan terutama yang berdepan simptom Covid-19.

“Varian sekarang tiada simptom tahu-tahu dahpositif. Kita jaga tapi nak kena nasiblah. Pengajarannya akutumpas selepas dua tahun bertahan.

“Tapi Alhamdulillah isteri dan anak-anak semua negatif.

“Kesian isteri saya kena jaga anak empat orang selama tujuh hari. Anggap jela saya outstation tapi anak-anak kacau juga, ketuk pintu Assalamuaikum, lepas tu lari, cute sangat,” ujarnya.

Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3, dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah, 11, dan Nur Afrina Aisyah yang baru berusia dua bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.