Amalan

‘Semalam kena, hari ini meninggal dunia’-Khabar duka buat kelaurga AG

Kuala Lumpur: Bapa penyampai radio Hot FM, AG iaitu Selamat Ipan, 74, meninggal dunia akibat Covid-19 di rumahnya di Johor Bahru, jam 3 pagi, hari ini.

AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat berkata, bapanya disahkan positif wabak itu semalam.

“Kami baru dapat tahu bapa positif semalam. Jadi keluarga bawa pergi klinik semuanya okay. Petang semalam buat panggilan video pun bapa senyum gembira dan nampak sihat saja. Jam 3 pagi tadi dia sudah tiada. Bapa meninggal dunia dalam tidur.

“Sekarang saya masih dalam perjalan pulang ke kampung. Saya reda. Sekarang jenazah di rumah di Johor Bahru,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, AG memaklumkan perkara itu menerusi kiriman mesej.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan, ayahanda saya, Haji Selamat Ipan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 3 pagi. Moga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kekasih Allah. Al Fatihah,” katanya.

BAPA AG meninggal dunia akibat covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published.