Hiburan

Shakilla Khoriri rasa tersinggung, tidak teragak-agak utk mengambil tindakan undang2

GARA-GARA kelihatan kurus, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali disangka berdepan tekanan selepas bercerai.

Namun kata Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 33, dia sebenarnya dijangkiti Covid-19 dan baharu sahaja selesai menjalani kuarantin selama tujuh hari.

“Ada yang komen pada gambar saya kata terlampau kurus kerana terfikir tentang penceraian, sebenarnya ia bukan begitu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Fizi berkata dia juga berdepan tekanan apabila perlu menjalani kuarantin sendirian.

“Sebenarnya apabila ada orang cakap fasal seseorang boleh terkena penyakit mental apabila tengah kuarantin ni, benda tu betul tau.

“Lagi-lagi apabila kita ni kuarantin sendirian,” katanya.

Shakilla Khoriri tersinggung kes cer4i dengan Fizi jadi bahan gurauan di radio

GARA-GARA kisah rumah tangga menjadi bahan bualan secara terbuka di sebuah stesen radio, pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kesal dan tersinggung.

Kata bekas isteri kepada penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali ini, dia berasa kecewa apabila hal peribadinya dipersendakan pihak tertentu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih berterusan.

“Sebelum ini saya diam. Saya biarkan orang mempersendakan saya, campur tangan urusan peribadi saya.

“Saya pekakkan telinga dan butakan mata kerana tidak mahu isu ini diperbesarkan.

“Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari percakapan tidak ditapis yang berunsur fitn4h dan mem4lukan,” tegas Shakilla.

Shakilla tidak mahu kisah rumah tangga dengan bekas suami dijadikan bahan bualan

Dia berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

Shakilla berkata demikian sebagai respons terhadap netizen yang menegur tindakan rakan penyampai kepada Fizi mengeluarkan ayat seolah menyalahkannya atas kegagalan perkahwinan mereka.

Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari percakapan tidak ditapis yang berunsur fitnah dan memalukan

“Saya tidak pasti kenapa penyampai radio tersebut perlu mengeluarkan ayat sebegitu.

“Kisah saya sudah berakhir dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya.

“Jangan cuba buat saya sentuh perkara yang tidak sepatutnya dan membuka aib sesiapa,” katanya.

Pada 15 Disember lalu, Fizi dan Shakilla mendedahkan sudah bercerai talak satu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan punca perpisahan tersebut.

Malah selepas bercerai, mereka juga dilihat sangat bersefahaman dalam hal penjagaan anak mereka Ameena Sofia.

“Saya sedang cuba perbaiki diri dan tidak perlu tahu atau dengar perkara negatif begini.

“Saya harap ini yang terakhir,” ujarnya.

Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 31, mendirikan rumah tangga dengan Hafizudin Alimudin, 33, pada 18 Februari 2018.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia, 3.

SUMBER: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published.