Entertainment

Sharifah Sakinah buka cerita sebenar selepas keluar kenyataan “Kerja saya jual badan, memang kena tunjuk..”

Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah memaklumkan dia tidak akan sewenang-wenangnya menerima permintaan rakan baharu di Instagram.

Jelas pelakon Girlfriend Aku DariNer@ka The Series itu, permintaan hanya akan diterima selepas mendapat keizinan suaminya, Michael Hansen.

Saya akan tapis permintaan ya. Kalau suami saya tidak terima.

Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu per satu otot memang kena tunjuk aurat.

“Kalau nak buat permintaan juga jangan menilai. Kalau nak ilmu, sila ikut. Jelas?,” ujarnya.

Selain memuat naik status dan gambar segelintir yang mahu menjadi kawan aktres itu di IG, Sakinah turut mengulang siar hal tersebut di profil akaunnya.

Ramai yang bersetuju dengan tindakan aktres tersebut. Beberapa rakan selebriti termasuk kakaknya, Sharifah Shahirah tampil memberi komen.

“Sudah private, ya bagus juga ya,” komen Shahirah.

“Aye aye chip (tanda faham),” komen Nad Zainal.

“Tidak suka tapi follow. Hairan benar,” komen salah seorang pengguna di IG.

Kenapa ‘public’ benda yang dah ‘diprivate’ – Sakinah selar PU Syed

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah mengembalikan teguran buat pendakwah bebas, PU Syed yang bertindak menegur gaya hidupnya.

Sakinah atau nama lengkapnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menerusi ruangan komen Instagram pendakwah berkenaan meninggalkan teguran ‘pedas’ buat pandakwah selebriti itu.

“Abang, akaun saya dah private, kenapa ‘public’ benda yang dah ‘diprivate’.

“Macam masuk rumah saya, bawa balik barang TV saya, suka ya?,” tegur isteri kepada lelaki mat saleh, Michael Hansen itu.

Dalam pada itu, menerusi Instastory, Sakinah turut mempersoalkan tindakan pendakwah berkenaan yang seakan-akan sengaja mengeruhkan lagi situasi.

“Kenapalah suka ajak ramai-ramai bercakap (garu kepala),” tulis Sakinah seraya menyertakan tangkap layar status media sosial PU Syed yang tertera pandangan dan teguran daripada sudut Islam bersama laporan media berjudul ‘Kerja saya jual badan, memang kena tunjuk aurat’.

Bagaimanapun, hantaran status media sosial PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak sudahpun dipadam.

Terdahulu, Sakinah menerusi satu hantaran dalam Instagram memaklumkan perlu menapis pengikut dan menyekat golongan lelaki daripada mengikuti akaun Instagramnya.

Menurutnya, kerja ‘jual badan’ merujuk terhadap pekerjaan yang memerlukan dirinya menunjukkan satu persatu otot tubuh sementelah dia juga sering dikecam gara-gara gambar dan video senaman dengan pakaian mencolok mata.

Lantaran itu, PU Syed menegur Sakinah dengan tulisan panjang lebar menerusi akaun media sosialnya.

Katanya, Sakinah ternyata belum menampakkan tanda-tanda ingin berubah.

“Kerap kali menegur hamba Allah ini, namun ternyata belum nampak tanda-tanda ingin berubah. Terlalu banyak kaedah mencari rezeki yang halal dan diredai serta diberikati kenapa cara ini yang kamu cari?

“Jika ternyata lumayan pendapatan dengan cara ini, ketahuilah, tiada keberkatan dan haram kerapa memperoleh dari cara yang haram,” tulisnya.

PU Syed turut menyarankan Sakinah menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT mencari reda bukan kemurkaannya-Nya iaitu dengan mengajak orang ramai menjalani gaya hidup sihat dengan cara patuh syariah.

“Ajak manusia untuk sihat dengan cara yang patuh syariah bukan meruntuhkan syariat. Malulah dengan Allah, jika semua ingin ditayang kepada orang, apa lagi yang tinggal untuk suamimu,” ujarnya.

Bagaimanapun, hantaran status berkenaan telahpun dipadam daripada akaun Instagram PU Syed.

Sebelum ini, PU Syed pernah menegur Sakinah menerusi surat terbuka tulisannya sekitar Mac 2021 berikutan aksi dan penampilan pelakon itu yang disifatkan sebagai mencolok mata dalam media sosial.

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.