Hiburan

Shidee dil4nggar ketika hendak ke surau, ini laporan terkini dari pihak hospital

Penyanyi popular era 1980-an, Shidee cedera ringan selepas terjatuh dari skuter elektrik yang ditunggangnya, petang semalam.

Difahamkan kemalangan tersebut berlaku ketika penyanyi yang popular dengan lagu Semuanya Sudah Terlambat itu dalam perjalanan ke sebuah surau untuk menunaikan solat Asar.

Shidee kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Tiada kecederaan serius, sebaliknya penyanyi itu hanya mengalami luka kecil dan bengkak di bahagian muka akibat terjatuh.

Hasil ujian imbasan sinar X mendapati tiada keretakan pada mana-mana bahagian tulang dan telah dibenarkan pulang oleh doktor.

Rata rata netizen dan juga peminat Shidee mendoakan agar beliau cepat sembuh.

KEADAAAN Shidee dikatakan tidak serius selepas terbabit dalam kemalangan, semalam.

Shidee kembali meraih perhatian peminat selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kelapan baru-baru ini.

Penyanyi beusia 63 tahun itu gagal mara ke peringkat akhir apabila tersingkir pada minggu kesembilan.

Berikut Sedikit Info Mengenai Shidee

1. Penyanyi era 1980-an.
2. Mempunyai lebih 2,700 pengikut di IG.
3. Lagu-lagunya yang digilai pendengar seperti Semuanya Sudah Terlambat, Janganlah Menghancurkan, Bayangan Wajahmu, Bicara Buat Teman, Amy dan Ku Sunting Kemesraan.

Latar Belakang

1. Gemar bermain alat muzik dram sejak usia kecil.

2. Meminati bidang muzik selepas sering mengikuti sebuah band.
3. Sebelum bergelar artis rakaman, beliau pernah berkhidmat sebagai penyanyi Pentas Rama di bawah Jabatan Penerangan pada tahun 1979 dan melakukan persembahan di seluruh Malaysia.

4. Pada 1986, beliau akhirnya menjadi penyanyi rakaman dengan bantuan ‘abang Tik’, seorang pemuzik orkestra RTM.

5. Album pertamanya dihasilkan dan diterbitkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Nawab (Ahmad Nawab) di bawah label SCS.

6. Walaupun masih baru, lagunya unggul di carta radio selama 18 minggu, malah berjaya menundukkan idolanya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Datuk Jamal Abdillah menerusi kemenangan dalam kategori Anugerah Penyanyi Popular anjuran Berita Harian/Nescafe, hasil daripada undian peminat.

7. Tidak meminati lagu Semuanya Sudah Terlambat kerana dianggapnya tidak menguji kekuatan vokal, di samping melodi yang disifatkan mendatar. Beliau adalah peminat lagu-lagu bernada tinggi dan berlenggok Arab kerana dirasakan mempunyai feel jika dibawakan secara live.

8. Begitupun ‘Semuanya Sudah Terlambat’ menjadi singlenya yang paling meledak hingga berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu 1987, selain merangkul anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1987.

9. Shidee kemudian menyedari kepentingan untuk menghormati citarasa pendengar dan tidak menjadi penyanyi ‘syok sendiri’.

10. Kejatuhan kariernya ketika pembikinan album keempat di bawah label rakaman Rock Records kerana tidak lagi mendapat sentuhan Datuk Ahmad Nawab, sebaliknya komposer Wan Zul yang lebih sinonim dengan lagu-lagu kumpulan Iklim.

Fakta Menarik

1. Sudah 40 tahun mengabdikan diri dalam dunia muzik.

2. Anak didik kepada komposer hebat, Datuk Ahmad Nawab.
3. Mendirikan rumah tangga ketika usia 50-an.

4. Persembahan terakhirnya di Konsert Legend Astro dan pernah menjadi juri di rancangan Kilauan Emas

5. Masih aktif menyanyi dengan sekitar enam tawaran setiap minggu!

6. Juga berkhidmat sebagai penyanyi di Restoran D’ di Empangan Udang Galah, Putrajaya.

7. Menyertai Gegar Vaganza kerana ingin mengubati kerinduan peminat yang jarang melihat kemunculannya beraksi live selepas 14 tahun menyepikan diri.

8. Tidak gentar dengan ‘dugaan’ pelbagai genre di GV kerana menganggap dirinya penyanyi versatil yang mampu membawakan lagu-lagu berlenggok hindi, zapin, asli mahupun slow rock.

9. Nekad mengekalkan key asal nyanyian di GV.

Kisah Peribadi

1. Berkahwin dengan Siti Fairunnisa Aziz yang jarak usia mereka adalah 31 tahun pada 1 Februari 2010. Hasil penyatuan hidup dengan isterinya telah dianugerahkan tiga orang anak yang antaranya bernama Putri Noja dan Putri Ardani.

2. Perkahwinannya dilaporkan mendapat tentangan daripada ibu mentuanya, Jamaliah Hasan yang dikatakan menaruh hati pada beliau. Kononnya Shidee dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun mengahwini anak wanita itu kemudiannya.

3. Apapun Shidee menafikan dakwaan pernah berhubungan cinta dengan Jamaliah, apatah lagi dia dan ibu mentuanya kini juga sudah lama berbaik.

4. Pernah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Brunei Darussalam dari tahun 1995 hingga 2002 kerana undangan nyanyian dan urusan perniagaan, hingga terpaksa menukar nombor telefon lalu sukar dihubungi penganjur dan dianggap sudah berhenti menyanyi.

Sumber – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.