Hiburan

Shuib Berikan Sesuatu Kepada Permaisuri Agong Sampai Ibu Tiri Arwah Siti Sarah Komen

Ibu tiri kepada Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi mengakui Allahy4rham sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Siti Fatimah berkata, Allahy4rham memang sangat mengagumi Raja Permaisuri Agong dan dan pernah berhasrat untuk menyerahkan tudung Loveta kepada baginda.

Hasrat tersebut akhirnya tercapai apabila Shuib meyerahkan sendiri tudung Loveta kepada Raja Permaisuri Agong ketika bertemu baginda di Tunku Azizah Golf Challenge 2022, baru-baru ini.

“Ti (panggilan Siti Sarah), mesti kau tengah senyum sekarang ini kan. Alhamdulillah Ya Allah. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong sudi menerima Loveta.

“Kalau arw4h ada mesti dia gembira sangat sekarang ini. Dia dah lama simpan hasrat nak bagi sendiri kat Raja Permaisuri Agong tapi tak kesampaian. Dia sangat mengagumi Raja Permaisuri.

“Ti, Shuib dah lunaskan hasrat kau Ti. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan komen pada hantaran di muat naik Shuib di Instagram.

Sementara itu Shuib, berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong berkenan menerima pemberian tersebut.

Shuib berkata, pemberian itu adalah rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pem3rgian isterinya pada Ogos tahun lalu.


“Berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima pemberian Loveta ketika bertemu di Tunku Azizah Golf Challenge 2022.

“Pemberian ini juga adalah sebagai titipan rasa terima kasih saya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri tercinta saya Siti Sarah pada tahun lalu.

“Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat. Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong,” tulisnya.

Baru-baru ini, beliau ada kongsikan sebuah video dimana beliau sedang santai bermain golf bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Ag0ng Tunku Hajah Azizah.

Didalam video tersebut, dilihat bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Ag0ng sangat rendah diri mengenakan kemeja kasual berwarna biru berlambangkan Bubblebee bermain golf dengan santai bersama Shuib.

Rakan-rakan artis sangat kagum melihat Shuib yang dahulu orang yang biasa sekarang sudah mendapat peluang yang tidak semua orang peroleh iaitu mengadap dan bermain bersama Permaisuri Ag0ng. Bell Ngasri juga sempat mengatakan tahniah kepada Shuib atas kejayaan beliau.

Bukan senang untuk seorang rakyat biasa dapat berjumpa mata ke mata dengan Permaisuri Ag0ng. Shuib adalah antara orang yang bertuah mendapat peluang tersebut dan memori ini akan diingati oleh Shuib sampai bila-bila.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.