Hiburan

Shuk Sahar nak jual rumah RM1.2 juta, Shukl bagitahu kenapa dia perlukan duit

SELEPAS melalui beberapa kontroversi curang, pelawak Shuk Sahar mengakui kehidupannya kini berdepan kesukaran.

Shuk atau nama sebenarnya Muhammad Shukri Mohamed Sahar memberitahu pengikutnya bahawa dia mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta.

Kata Shuk, 37, dia memerlukan sejumlah modal bagi memulakan perniagaan dan kehidupan baharu.

“Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 juta.

“Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru.. sebab itu perlukan duit.

“Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM saya,” ujarnya menerusi sebuah video yang tular di aplikasi itu.

Shuk nak jual rumah, sebab perlu duit untuk teruskan hidup

Dalam pada itu, Shuk juga turut mengumumkan kini perlu duit untuk teruskan hidup serta jalankan perniagaan. Justeru, bapa kepada dua orang anak tersebut mengambil keputusan yang cukup berat untuk menjual rumah banglo miliknya di Denai Alam. Aset berkenaan cadangnya ditawarkan dengan harga RM1.2 juta.

Sementara itu, rata-rata netizen meminta pelawak itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Malah ada yang menganggap apa yang terjadi kepada pelawak itu adalah balasan kerana berlaku curang terhadap isteri.

Netizen nasihat Shuk bertaubat.

Malah netizen turut memetik nama penyanyi Aliff Aziz supaya dijadikan contoh terbaik yang kembali kepada isterinya Bella Astillah.

“Kamu buat perangai khianati isteri, Allah tarik nikmat.

“Berubah Shuk, dekatkan diri pada Allah. Tak semestinya rujuk dengan isteri tapi jalani kehidupan masing-masing dengan reda.

“Berbalik kepada Allah, jadi macam Aliff Aziz.

“Isteri dan anak tu pembawa rezeki tapi disia-siakan,” ujar beberapa netizen.

Isteri tu salah satu cabang rezeki…Allah sedang uji dia, nasib kita belum tentu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar pengumuman yang dibuat Shuk secara publik berkenaan. Selain itu, ramai turut berkesempatan menasihati lelaki tersebut untuk mengambil iktibar di atas apa yang terjadi.

Sebelum ini, Shuk beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.

Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.