Uncategorized

Spekulasi Rumah Tangga Goy4h. Tiada Kelibat Ketika Pelancaran Filem Mawi, Ekin Dedah Dia Tertekan Tampil Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

Terus menerus diasak dengan pertanyaan mengenai hubungan rumah tangganya dengan Mawi, Ekin Rahmat mengakui emosinya terganggu serta mengalami ment4l ‘breakdown’.

Ramai yang menghantar pesanan bertanyakan keadaan Ekin seolah-olah mahligai yang dibina bersama Mawi itu sedang dilanda masalah.

“Terima kasih kepada yang sudah bertanya sama ada saya okey atau pun tidak. Apa yang membuatkan saya stress adalah soalan yang mereka ajukan.

“Mereka tanya kenapa tak nampak saya di pelancaran itu. Adakah kerana rumah tangga ada masalah atau sudah tidak sefahaman atau bergaduh atau kerana kami sudah bercerai. Allahuakbar,” katanya menerusi Instagram.

Menjawab segala persoalan, isteri kepada penyanyi dan penyampai radio itu menjelaskan mereka berada di Johor Bahru sedang menjalani kuarantin.

“Anak-anak positif c0v1d-19 dan kami ‘terperangkap” di Johor Bahru. Sudahlah stress menjaga anak-anak yang meragam sakit, Tetapi, majlis yang sudah dirancang itu perlu diteruskan.

Komen Netizen:

“Bila kata fitn4h datang, sesukanya bercakap tanpa si4sat, lagi tambah tertekan. Saya mohon, kepada yang bertanya seperti itu, berhentilah kerana ia menyebabkan saya stres,” katanya.

Ekin dan Mawi mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika.

Mawi lebih selesa tayang filem untuk tontonan dari rumah

Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah filem Hantu Kuat Ketawa, Mawi mengakui bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk menayangkan filem keduanya itu di pawagam memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang belum reda.

Mawi ketika ditemui di sidang media filem Hantu Kuat Ketawa berkata, penonton akan lebih selesa untuk menonton filem di rumah tanpa perlu memikirkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) di pawagam. “Filem Hantu Kuat Ketawa adalah filem kedua saya selepas Tiada Tajuk. Jika filem pertama saya bawa ke pawagam untuk ditayangkan, kali ini, platform tayangan yang saya pilih adalah Astro First.

“Sekarang bukan masa sesuai untuk saya tayangkan filem di pawagam. Memang agak susah untuk penonton ke panggung wayang dengan pelbagai SOP yang ditetapkan. Di rumah lebih mudah sebab penonton hanya perlu langgan saja dan dapat menonton secara santai bersama keluarga kerana filem ini sesuai untuk seisi keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Mawi menghormati penerbit dan syarikat produksi yang berani membawa filem terbitan mereka ke pawagam.

Menurut Mawi, keputusan itu juga diambil selepas menimbang tara dari sudut kos penerbitan serta pemasaran untuk filem itu.

“Spesifikasi antara pawagam dengan platform tontonan di rumah ada banyak perbezaan dan begitu juga dengan kos penerbitan serta pemasarannya.

“Kali ini, promosi dan pemasaran dilakukan oleh pihak mereka. Jika tayangan di pawagam, syarikat produksi perlu membiayai sendiri kos pemasaran. Di situ, sudah ada penjimatan kos. Apa pun, semuanya saya anggap sebagai proses pembelajaran. Alhamdulillah, perjalanan untuk penerbitan filem kali ini dipermudahkan,” katanya.

Filem Hantu Kuat Ketawa yang juga filem komedi seram menampilkan lakonan Saiful Apek, Syanie Hisham, Along Cham dan Zarina Anjoulie Lavocah.

Sumber : Cari, Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.dnq.pw/ via sinarviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.