Uncategorized

“Tak Thu Pun Fafau Ada Adik”- Netizen Terp4ku Lihat Adik Fara Fauzana Walaupun Cuma Nampak Mata Je

Selepas lima tahun meninggalkan Hot FM, penyampai radio Fara Fauzana atau Fafau kembali bertugas di stesen radio tersebut sekali gus melengkapkan trio pagi bersama pasangan penyampai AG dan Fad Bocey.

Kelmarin merupakan hari lahir penyampai radio popular Malaysia iaitu Fara Fauzana atau mesra dipanggil Fafau yang ke 42 tahun.

Menerusi akaun Instagram Hotfm, sebuah video berkenaan sambutan hari lahirnya telah dikongsikan dan meraih perhatian para peminat dan netizen.

Di dalam video tersebut kelihatan adik dan juga rakan baiknya sejak dari sekolah rendah telah membuat surprise di konti radio Hotfm.

Mereka datang dengan membawa sebiji kek dan masuk ke dalam konti radio sementara Fara pula ditutupkan matanya dengan penutup mata.

Adik dan rakan baik Fara diminta untuk menyanyikan lagu selamat hari lahir dan diminta Fara untuk meneka suara itu milik siapa.

Namun, tekaan Fara tidak tepat dan apabila Fara membuka penutup matanya dia sangat ter

kejut kerana tidak menyangkakan bahawa adik dan rakan baiknya datang untuk membuat surprise.

Adik Fara juga sempat berkongsikan cerita mengenai kakaknya yang begitu banyak membantu dirinya ketika tidak mempunyai pekerjaan dan sangat bersyukur mempunyai seorang kakak yang sangat baik.

Di ruangan komen pula, peminat dan netizen turut mengucapkan selamat hari lahir pada Fara dan dalam masa yang sama juga, ramai tidak menyangka bahawa Fara mempunyai adik perempuan.

Semoga Fara sentiasa dirahmati Tuhan, insyaAllah aamiin.-CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.