Uncategorized

Tular Pertabalan raja tepi kebun getah, ini kawasan yang Raja ni wakili. Bukan biasa2

PETALING JAYA – Mungkin selepas kejatuhan kerajaan beraja Melaka di tangan Portugis pada 1511 selama ini, kerabat diraja Melaka turut bertaburan di seluruh negara.

Terbaharu, melalui perkongsian di satu laman Facebook bergelar Ratu Kaneka Hyang Isana, satu majlis pertabalan raja di tepi ladang getah menarik perhatian orang ramai.

Melalui perkongsian tersebut, dinyatakan majlis tersebut adalah Majlis Pertabalan Raja Segala Raja Sedunia yang dilakukan di kaki Bukit Salai, Jelebu, Negeri Sembilan.

Majlis pertabalan tersebut dikatakan dilakukan pada Rabu lalu (2 Februari 2022) pada pukul 3.33 petang.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan hantaran tersebut geli hati melihat majlis yang dijalankan itu dan menyifatkan supaya cari kawasan atau dewan yang lebih baik dari lokasi tersebut.

“Tu cari nahas la tu, orang nak lalu menoreh pun susah. Kamu pergi buat majlis tengah-tengah jalan dengan panasnya lagi.

“Cari tempat elok sikit la kalau nak melawak pun. Harap kamu semua tidak dimaki hamun oleh orang kampung situ la ya,” jelas Paksu Irfan.

“Dah sponsor air mineral sahaja aku tengok, bawa la sirap panas-panas ni boleh la tahan haus tu sikit. Makan-makan tak ada ke?

“Mungkin ini cara mereka berhibur, maklumlah banyak sangat tekanan selepas Covid-19 melanda dunia ni atau terlebih dos mereka ni,” ujar Fardulsham.

Gambar yang menyaksikan satu majlis pertabalan raja di kawasan kebun getah di Negeri Sembilan kini tular di media sosial.

K! ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published.