Hiburan

Wartawan Cuba K0rek Pasal Isu Video Libatkan Dirinya. ini Jawapan Bijak Anuar Zain

Benar kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata b.uruk padahnya.

Perkara tersebut jugalah yang menghurung usahawan k.osmetik k.ontroversi, Datuk Seri Vida selepas dik.ecam dek kesilapan yang disifatkan tidak disengajakannya itu. Video temuramah disediakan di akhir artikel.

Mungkin niat awalnya sekadar ingin bergurau menjawab pertanyaan peminat dalam media sosial, namun tidak sangka pula kerana hanya satu perkataan, terus lain jadinya.

Ramai juga menyifatkan perbuatan Vida menggambarkan sikapnya yang semberono tidak memikirkan baik buruk dan s.ensitiviti orang.

Hanya kerana sepatah perkataan walaupun dengan cara berbisik ditujukan buat penyanyi terkenal Anuar Zain, Vida terjerat dan terpaksa berdepan s.erangan dari segenap penjuru.

Selepas tular menerusi video berdurasi 10 saat yang dikongsikan dalam aplikasi TikTok, bedilan demi bedilan berpeluru kec.aman masih dihalakan ke arah pemilik nama sebenar Siti Hasmizah Othman itu.

B.iadab. Itu satu perkataan yang sudah cukup menyimpulkan perbuatan Vida yang mungkin bagi setengah pihak sudah tiada ruang bagi wanita berusia 52 tahun itu untuk dimaafkan.

Lebih p.erit, perkataan itu muncul dan dibutirkan sendiri daripada mulut kakak kandung Anuar iaitu Ziana Zain.

Ibarat mengejutkan harimau di hutan yang sedang tidur, begitu jugalah nasib Vida yang mengganggu adik kesayangan Ziana yang mungkin tidak pernah dijentik apatah dic.erca khalayak ramai.

Masih dalam liga dan keluarga yang sama, penyanyi dengan vokal mantap yang merupakan anak saudara kepada Anuar iaitu Ernie Zakri turut memulang buah batu keras mewakili bapa saudara kesayangannya.

“Hati-hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan-bukan. Jaga anak-anak sendiri dulu.”

Ringkas, namun padat dengan maksud tersirat. Itulah yang diciap pelantun lagu Boneka itu dalam Twitter sekali gus menyebelahi bapa saudaranya.

Tidak terhenti setakat Ernie, tampil membidas dan menyelar perbuatan Vida ialah Abang Asmara iaitu Datuk Fazley Yaakob yang menyifatkan kekayaan dan populariti dikecapi Vida bukan jaminan terhadap adab serta intelektual seseorang.

Siap dengan sekeping foto Vida yang ditutup matanya menggunakan pelekat, Fazley enggan berbasa-basi menerusi hantaran dalam Instagramnya.

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan?. Sesetengah daripada kita diduga dengan kemi.skinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan iman walau serba kekurangan.

“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel dengan kata-kata yang boleh mero.sakkan imej.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Eloklah jika dijadikan contoh buat anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan,” katanya.

Agak klise, namun demi meleraikan segala kekecohan, selepas tidak tahan terus-menerus ditempelak dan menerima s.umpah seranah ramai, Vida sendiri telah tampil memohon maaf secara terbuka buat Anuar.

Kata Vida: “Saya memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain. Saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh ingat balik apa yang saya cakapkan itu,” katanya dalam keadaan sebak.

Wartawan Cuba Tanya Minta Anuar Zain Ulas Video Yang Tular

“Jodoh itu rahsia Allah”-Anuar Zain

Usianya bakal menginjak 52 tahun pada Februari depan, penyanyi Anuar Zain mengakui dia masih memikirkan soal jodoh.

Tidak menafikan fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai, Anuar berkata jika sudah sampai masa dan ditakdirkan Allah untuk jatuh cinta, dia terima dengan hati terbuka.

“Percaya atau tidak, saya masih lagi memikirkan soal jodoh. Saya percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah dan seelok-eloknya buat kita.

“Jodoh itu rahsia Allah, kita tidak akan tahu bila. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berdoa. Jika ada rezeki yang diberi Allah, saya kahwin,” katanya.

Meskipun banyak kes perceraian dilaporkan di media sosial, namun Anuar berkata perkara itu tidak pernah menakutkan dirinya untuk bergelar suami.

“Walaupun banyak kes keruntuhan rumah tangga kita boleh baca dalam media sosial hari ini, namun pada masa sama, ramai pasangan di sekeliling saya mampu mempertahankan perkahwinan hingga akhir hayat.

“Saya lebih suka melihat dari aspek positif seperti bagaimana pasangan menjaga kerukunan rumah tangga dan kekal bahagia. Momen itu pada saya sangat manis,” katanya.

Anuar turut mendedahkan, dia pernah dilamar peminat, malah ibu bapanya pernah berhasrat untuk menjodohkan dengan anak kawan mereka.

“Memang ada peminat yang melamar saya. Tetapi saya anggap itu gurauan dan tidak ambil serius. Malah, kedua orang tua saya pernah berhasrat menjodohkan saya dengan anak-anak kawan mereka.

“Ketika perancangan itu dibuat, saya memang sibuk dengan kerja. Ketika itu, hendak pergi bercuti pun tidak sempat, apatah lagi mahu fikir soal berumah tangga.

“Dalam nada bergurau, saya katakan kepada abah, kalau betul dia berkenan dengan gadis yang ingin dijadikan calon menantu itu, biar dia sahajalah yang berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata bukan rupa dan ciri fizikalyang menjadi keutamaannya dalam mencari calon isteri tetapi karakter seseorang itu paling penting.

“Bagi saya karakter dan personaliti adalah paling penting. Kena sentiasa positif. Saya suka berborak pasal isu semasa dan hal berkaitan sejarah.

“Saya mahu berjumpa seseorang yang boleh bersembang apa sahaja… Itu sangat penting. Rupa pada saya jatuh tempat kedua atau ketiga. Personaliti kena selari dengan saya kerana tak dinafikan, saya ini sangat rumit dan sensitif orangnya,” katanya.

Sementara itu, Anuar berkata dia percaya dengan qada dan qadar serta reda jika ditakdirkan terus hidup solo buat selamanya.

“Saya terima apa sahaja takdir Allah dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, saya akan terima. Tapi jika tiada jodoh di dunia, mungkin jodoh saya di alam sana,” katanya.

Sekadar menambah, dalam hidup ini mudah sahaja, kalau rasa perkataan dan kata-kata yang dikeluarkan itu tidak penting dan bakal mengguris hati orang, usah dan janganlah berbuat demikian.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.