Amalan

Bendera parti tepi jalan undang pet4ka, remaja ini ceritakan mcm mana dia punya leher hampir terbelit

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal berlangsung tidak lama lagi. Kurang dari seminggu, rakyat negeri di Selatan Tanah Air itu akan memilih pemimpin untuk berkhidmat di kawasan mereka tinggal.

Jadi, kempen dari parti-parti yang bertanding sudah bermula dan pastinya setiap laluan dapat dilihat bendera pelbagai parti politik berkibar.

Bendera parti libas leher

Namun begitu, disebabkan bendera parti yang dipasang terlalu hampir dengan laluan kenderaan, ada pengguna jalan raya yang mengalami kemalangan disebabkan bendera tersebut.

Hal ini diluahkan sendiri oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Norazlina Abd Rahman iaitu ibu kepada seorang remaja yang mengalami kecederaan selepas lehernya hampir terbelit dengan bendera parti yang berkibar.

Pacak dekat dengan jalan raya

Jatuh motor, patah & retak pergelangan tangan

Disebabkan itu juga, gadis berkenaan telah hilang keseimbangan sehingga mengakibatkan motosikal yang dibawa tidak dapat dikawal dan terjatuh.

Kedua-dua pergelangan tangannya disahkan patah dan retak manakala lehernya mempunyai kesan luka kerana dilibas oleh bendera parti yang berkibar.

Leher ada kesan libasan

Tudung pun sampai koyak2

Menerusi kesan di tudung mangsa juga kelihatan yang libasan bendera tersebut begitu kuat sehingga boleh mengakibatkan tudung yang dipakai mengalami kerosakan sebegitu rupa.

Sudah buat laporan polis

Norazlina juga memaklumkan yang mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan atas kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan bersyukur kerana anaknya masih dipanjangkan umur dan berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesembuhannya.

Calon parti bertanding dah datang jenguk

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, calon parti Perikatan Nasional yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit telah datang menziarahi mangsa.

Norazlina Abdul Rahman juga memuat naik momen ketika YB Dr Karim Deraman datang menyantuni anaknya dan berterima kasih diatas keprihatinan tersebut.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan dengan tegas memaklumkan apa yang dikongsikan sebelum ini bukanlah suatu fitnah dan bukan mahu menjatuhkan mana-mana pihak.

Pesannya, semua pihak terutamanya parti-parti yang bertanding haruslah mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya andai mahu memasang bendera parti supaya kejadian seperti dialami anaknya tidak berulang kembali.

Ambil tindakan undang2

Muat naik yang dibuat Norazlina itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mereka mengecam tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang ditugaskan memasang bendera parti sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.

Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar anak gadisnya segera sembuh daripada kecederaan akibat kemalangan yang menimpanya tempoh hari.

Ahli politik kena fikir kesesuaian pasang bendera parti

Memang ada yang pasang sesuka hati

PRN Johor: Perang bendera kian hangat

JOHOR BAHRU – Perang bendera kian hangat di Johor terutama di kawasan selatan negeri itu yang kelihatan berwarna-warni dengan kehadiran pelbagai parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Selain bendera parti yang sering kelihatan setiap kali pilihan raya, turut berkibaran adalah beberapa ‘pesaing baharu.’

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimeriahkan dengan kehadiran bendera parti yang pertama kali mencuba nasib dalam PRN Johor kali ini.

Antaranya bendera Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), berwarna hitam berserta perkataan putih, yang berkibaran di tepi jalan raya terutama di kawasan ditandingi termasuk DUN Puteri Wangsa.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut memacak ‘kehadiran’ mereka apabila bendera parti itu, yang berwarna putih dan biru pantone, dapat dilihat di sepanjang jalan besar menuju pusat bandar.

Kehadiran parti baharu pada PRN Johor turut menarik perhatian rakyat Johor yang menyedari kelainan perang bendera kali ini.

Penduduk Pasir Gudang, Fahmi Adnan, 54, berkata dia menyedari kehadiran bendera parti baharu walaupun belum ketara berbanding bendera parti yang telah ‘terkenal.’

“Memang saya perasan ada bendera baharu walaupun banyak bendera parti lama. Contohnya, bendera Pejuang yang warna putih dan biru itu,” katanya kepada Bernama.

Perang bendera kian hangat di Johor terutama di kawasan selatan negeri itu yang kelihatan berwarna-warni dengan kehadiran pelbagai parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – Foto Bernama

Sumber: Facebook Norazlina Abd Rahman, ohmymedia, sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published.