Uncategorized

Dakwaan Lagu Pelukan Angkasa Sebar Dakyah Kebatinan, Komposer Cerita Perkara Sebenar

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan S0G dan Shila Amzah terus menjadi per bualan hebat selepas bergelar juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) Ahad lalu.

Namun, dalam pada ramai sedang meraikan kemenangan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin itu, muncul pula satu te0ri mengenai maksud lirik karya tersebut.

Menerusi satu posting di Faceb00k, lagu tersebut didakwa memp unyai kaitan dengan ilmu kebatinan dan penyebaran akidah.

Menurut individu tersebut, dia membuat teori tersebut selepas mem percayai lirik itu berkait rapat dengan sebuah buku bertajuk Ter-Sesat Kebatilan New Age.

“Setelah mendapat mesej ini saya mula mencari liriknya dan dibaca lirik lagu tersebut memang sukar difahami secara zahir.

“Tetapi bila dibaca dengan kaca mata akidah kebatinan (New Age) maka akan dapat difahami dengan jelas apa yang cuba dimaksudkan.

“Setelah saya meneliti lirik tersebut dengan menterjemahkan beberapa perkataan yang sinonim dengan ajaran kebatinan seperti Universe (semesta / angkasa).

“Antara teras akidah kebatinan yang jelas dapat difahami dalam lirik itu adalah, elemen menyatu dengan alam (wahdah-panentisme), Cinta yang membebaskan (universal oneness), menyedari dari khayalan (mendapat gnosis-jnana dari segala maya/ilusi), Bebaskan radiasi meluluh lumat batin (samadhi).” katanya.

Tambahnya, tidak pelik akidah sebegini disebar melalui lagu kerana kita telah melihat beberapa lagu yang terkenal di alam melayu ni turut melakukan perkara yang sama.

“Saya alu-alukan antara ilmuan yang cakna masalah ini seperti Ustaz untuk melihat isu,” katanya.

Teori tersebut kemudian mendapat perhatian komposer lagu tersebut, Raja Nazrin Shah yang memperjelaskan.

“Salam, saya komposer lagu ini. Dan lirik lagu ini adalah hasil nukilan Fazleena Hishamuddin.

“Saya yang project the idea dan direction tema lirik untuk kak Faz terjemahkan dalam penulisan.

“Sekarang saya sedang menikmati perbahasan kalian tentang lagu ini,” katanya.

Sekadar info, kemenangan SOG Ahad lalu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

Naib juara pula milik lagu Cinta ciptaan sepenuhnya dan nyanyian Bunga Cinta dan Hang Nadim Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

SUMBER:GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.