Uncategorized

‘Kak Long’ naik angin anak ditvduh mencvri, Peguam ini Teringat Babak filem Anakku Sazali

Saya tonton video, wanita yang marah-marah pekerja di Seven Eleven kerana menuduh anaknya mencuri.

Kalau menonton video menjerit-jerit begitu, pekik dan naik suara. Sejak tidak langsung, jantung kita jadi laju, perasaan hendak naik angin juga sama.

Saya betul-betul hormat cara pengurus ‘manager’ dan pekerja di Seven Eleven atasi situasi. Pengurus itu seorang wanita itu tenang, cara dia menjawab lebih kepada mencari penyelesaian. Berulang kali dia cuba tenangkan situasi.

“Mu diam! Mu diam!”, marah wanita itu, sewaktu pengurus ini cuba mencari penyelesaian.

Pengurus ini hendak dengar dari mulut si anak tetapi kerana si ibu yang asyik menangkan anaknya, semua usaha untuk cari penyelesaian seakan-akan gagal.

Apabila si anak lihat si ibu makin membela, lebih yakin budak itu menyalahkan pekerja-pekerja dan mengatakan pekerja yang menuduhnya. Teringat saya dalam babak filem Anakku Sazali, “Pak, pak percaya pada Sazali kan pak?”

“Ya, bapak percaya”. Seterusnya kita pun lihat bagaimana Sazali itu jadi dewasa. Hmm, watak Sazali itu ramai dalam masyarakat sehingga terlewat untuk dilenturkan semula. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sambil saya menonton, sambil saya kagum dengan kesabaran pekerja Seven Eleven mengendalikan situasi. Memang kerja peguam ini susah dan payah tetapi menonton video ini, saya rasakan pekerjaan mereka sama payah atau lagi payah!

Kenapa payah? Juruwang, manager, rider, pelayan gerai makan, sales assistant dan kerja-kerja lebih kurang sama dengannya iaitu yang jenis ‘frontliners’ jualan barangan dan berhadapan dengan pelanggan ini, sangat payah!

Tidak boleh duduk, berjam-jam lama berdiri. Melayan sikap orang, sibuk dengan kerja-kerja yang diarahkan majikan. Tiba-tiba datang pula pelanggan yang berperangai ‘Karen’ yang tahu mencari salah orang dan semua perkara tidak kena di matanya.

Karen ini istilah yang dimulakan di USA bagi mereka yang begini. Merujuk kepada perempuan, berkulit putih, rasis dan merasakan dia lebih serba-serbi. Cuba Google tentang si Karen ini.

Kalau saya bekerja yang begini, naik pening hendak melayan sikap manusia yang sebegini. Hendak selesaikan masalah ada banyak cara dan kaedah.

Penggunaan intonasi, cara bercakap, mimik muka semua main peranan. Kalau masalah sekecil-kecil masalah pun boleh jadi bergaduh sampai ke malam dek kerana sikap dan cara mengendalikannya.

Ambil contoh sesat jalan, kalau terlepas simpang. Situasi dalam kereta, bila tersesat jalan, tiba-tiba orang di sebelah, “Ya Allah sesat. Apa tak fokus??Melangut je!!! Benda simple takkan tak boleh nampak??? Kan ke nak u-turn tu jauh lagi!!! Nak kena bayar dua tol u-turn..bla..bla..bla..”, tak habis-habis dengan suara yang meninggi, dengan mimik muka berkerut-kerut dengan gerak tubuh membentak. Hmmm.

Bukan kata gerak tubuh atau intonasi. Tulisan yang banya tanda seru !!!!! atau tanda soal ?????, begini juga memberi kesan yang berbeza.

Situasi yang sama, sesat jalan, terlepas simpang. Orang yang di sebelah, sama ada ketawa atau ‘cool’. “Lerr. Silap pulak. Hah, depan tu ada u-turn. Settle. Saja la tu, nak duduk dalam kereta lama-lama”, sambil dengan gaya bersahaja. Selesai. Aman.

Bezakan? Situasi sama kan? Mencari salah, kenapa sesat? kenapa terlepas lorong? Itu dan ini, tidak akan selesai. Salah sudah tentu jadi, simpang pun telah terlepas. Paling utama cari penyelesaian.

Kalau hendak sembang salah, kenapa dan kenapa. Memang tidak akan selesai. Berepisod lamanya. Cari penyelesaian. Ambil tindakan. Selesai. Move on!

Oleh Nor Zabetha

Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka, ‘Kak Long’ Minta Netizen Henti Sebar Video – ‘Maruah Saya Dah Tercalar’

Susulan tular video seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja, empunya diri tampil menjernihkan situasi tegang.

Menangis dekat kedai

Menerusi siaran langsung di Facebook miliknya, pemilik akaun Wan Nor Baizura memohon maaf dengan rela hati kepada staf kedai serbaneka itu sambil ditemani suami dan anak-anak.

Menangis teresak-esak, wanita terbabit menyesal kerana sudah bertindak keterlaluan namun katanya hati dia luluh apabila anak kesayangan dituduh mencuri.

Saya nak tengok cctv baru puas hati. Saya dah kena kecam satu Malaysia. Saya sebagai seorang ibu, maruah saya pun dah tercalar. Saya orang meniaga.

Saya marah ada sebab, saya ada dua anak. Hati ibu mana tak luluh bila anak balik bagitau dia kena tuduh mencuri. Saya minta maaf. Ini pengajaran untuk saya dan ada hikmah apa yang berlaku. Kira kes ini dah selesai ya.

Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Kak Long’ memberitahu dia akan menarik semula laporan polis yang dibuat semalam.

Dah semak CCTV

Dalam perbualan itu, pekerja kedai tersebut turut mendedahkan anak wanita terbabit tidak mencuri selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Malah katanya lagi, tidak ada kerosakan berlaku selepas anak kecil itu bertindak menendang barangan yang berada di kedai tersebut.

Sumber: Facebook Wan Nor Baizura

Leave a Reply

Your email address will not be published.