Hiburan

Kak Long sakit kepala, dituduh tak pandai didik anak, sekali anak dia yg 8 tahun masuk mencelah

Sejak semalam, video seorang wanita mengamuk dan membuat live FB di kedai serbaneka telah tular di media sosial. Selepas teruk dikecam netizen berikutan tindakannya yang dilihat kurang bijak, wanita yang membahasakan dirinya kaklong telah tampil membuat permohonan maaf.

Dia telah bersemuka dengan staf-staf kedai serbaneka tersebut dan meminta maaf. Pihak pengurusan kedai berkenaan juga telah memaklumkan yang masing-masing sudah berdamai serta mengesahkan anak kepada wanita tersebut tidak mencuri.

Walau bagaimanapun, sejak isu tersebut viral di media sosial, tentera bawang negara telah membuat gerak kerja dengan membongkar semula video lama wanita itu yang pernah memarahi staf restoran makanan segera dengan pelbagai kata-kata tidak enak didengar.

Dia yang membebel kepada staf restoran tersebut kerana minumannya tidak mempunyai ais membuatkan ramai netizen berasa bengang dengan sifat yang suka mencari masalah itu.

Video tersebut juga telah dikongsikan semula oleh akaun TikTok milik @papa_.com dan Twitter @fatiniqaaa sehingga mendapat pelbagai komen kecaman daripada netizen.

Anak Lelaki Tampil Bersuara

Permohonan maaf Kak Long atau Wan Nor Baizura kerana bersikap kasar nampaknya gagal memberi impak kepada orang apabila dia terus menerima kec.aman.

Menerusi temubual dengan Kak Long bagaimanapun berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan kata-kata ke.sat terhadapnya dan keluarganya.

Malah kata Kak Long, dia sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas apa yang terjadi.

Dalam pada itu anak lelaki Kak Long dikenali sebagai Adam yang berusia lapan tahun berkata dia pada mulanya masuk ke kedai serbaneka tersebut untuk membeli air.

Namun tanpa disangka, Adam menda.kwa kakitangan kedai berkenaan menuduhnya ingin mencu.ri mainan serta meng.ugut untuk membawanya ke balai polis.

Buat live FB akui ralat ada yang upload video lama

Namun, setelah teruk dikecam sekali lagi, peniaga produk kosmetik itu telah membuat live di Facebook dengan mengakui kesal terhadap apa yang sudah terjadi.

Dia juga sedih kerana masih ada netizen yang ‘membongkar’ video-video lamanya hanya disebabkan dia mengamuk di kedai serbaneka itu tular.

Berilah kaklong peluang…

Menerusi kapsyen yang disertakan, dia meminta agar diberi sekali lagi peluang kerana apa yang berlaku boleh menutup periuk nasinya sendiri.

Walau bagaimanapun, dia tidak bercadang untuk meminta maaf kepada staf restoran makanan segera itu kerana ketika membuat live dia langsung tidak menunjukan wajah pekerja tersebut.

Untuk makluman, video dia membebel di restoran makanan segera itu adalah video lama dan bukan terjadi selepas insiden di kedai serbaneka tempoh hari.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi sorotan ramai adalah perilaku anaknya yang kuat menyampuk dan bercakap kasar.

Menerusi live di Facebook tengahari tadi, kaklong menyedari perkara itu dan berharap agar ada pihak yang sudi tampil untuk membantunya mendidik kanak-kanak berkenaan supaya lebih sopan serta menghormati orang lain.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.