Uncategorized

Live Kak Long bukan sahaja jadi bahan gurauan, reaksi dari Mydin paling win habis

BELUM reda insiden di kedai serbaneka 7-Eleven mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long ‘mengamuk’ kerana anaknya dituduh mencuri, netizen pantas menularkan kembali videonya memaki hamun pekerja di cawangan restoran makanan segera KFC.

Walaupun telah membuat permohonan maaf di atas ketelanjurannya, wanita berkenaan terus menerima kecaman dan sindiran netizen di media sosial.

Kisah Kak Long kini dijadikan meme atau bahan gurauan di media sosial, di mana netizen meminta pihak lain berwaspada bagi mengelakkan kejadian ‘amuk’ berulang.

Meme tersebut menunjukkan dua lembaga dengan wajah tengkorak sambil membawa senjata tajam beralih dari dua pintu terbuka yang tertera logo dua premis yang terlibat dengan insiden ‘Kak Long’ ke pintu lain yang bertutup dengan logo sebuah lagi restoran makanan segera.

Tangkap layar video tular Kak Long memaki hamun di sebuah restoran makanan segera.

Terbaharu, pasar raya terkemuka, Mydin tidak terkecuali melakukan meme tersebut dengan penambahan pintu dengan logo premis itu, berserta amaran ‘no entry’ (dilarang masuk).

“Dah letak no entry. Harap tak masuk,” tulis Mydin menerusi ciapannya di laman Twitter, sebagai reaksi kepada perkongsian seorang pengguna, pada Jumaat malam.

Posting di laman Twitter rasmi MydinMalaysia yang diulang kicau lebih 1,000 kali sejak Jumaat malam itu ternyata menghiburkan pengguna Twitter yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang lucu.

Rata-rata mereka turut memberikan emoji ketawa.

“Adeh! Menakutkan betul lah.”

“Elok-elok, nanti buat live kat depan main entrance bising-bising.”

“Pintu belakang jangan lupa kunci juga. Atas bumbung pun tengok, takut-takut boleh tembus ke dalam,” demikian antara komen-komen netizen.

Posting di laman twitter @MydinMalaysia.

Sebelum tular mengenai foto Kak Long disunting dengan imej ‘No Entry’ untuk ditampal di pintu mana-mana premis, sebagai amaran melarang wanita itu memasukinya.

Menerusi status di Facebook, wanita itu memberitahu akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan sedemikian dengan memaparkan gambarnya.

Pintu belakang jangan lupa kunci juga. Atas bumbung pun tengok, takut-takut boleh tembus ke dalam.
PENGGUNA TWITTER
Terdahulu, video wanita berkenaan ‘mengamuk’ di 7 Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri menjadi tular di media sosial.

Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).

Logo ‘dilarang masuk’ yang memaparkan wajah Kak Long.

Bagaimanapun, wanita tersebut dikecam hebat kerana bertindak biadab dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan.

Namun kurang daripada 24 jam selepas ‘amukan’ berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.

Pada Khamis, wakil 7 Eleven pula tampil mengeluarkan kenyataan dan menceritakan perkara sebenar, serta meminta masyarakat agar berhenti mengecam wanita berkenaan.

Makin panas! Live Kak Long bukan sahaja jadi bahan gurauan tapi bikin ramai kecut perut…

PERMOHONANmaaf Kak Long atau Wan Nor Baizura kerana berslkap ksar nampaknya ggal memberi impak kepada orang apabila dia terus menerima kcaman.

Menerusi temubual dengan mStar, Kak Long bagaimanapun berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan kata-kata kes4t Terhadapnya dan keluarganya.

Malah kata Kak Long, dia sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas apa yang terjadi.

Dalam pada itu anak lelaki Kak Long dikenali sebagai Adam yang berusia lapan tahun berkata dia pada mulanya masuk ke kedai serbaneka tersebut untuk membeli air.

Namun tanpa disngka, Adam mendkwa kakitangan kedai berkenaan menvduhnya ingin mencurl mainan serta mengvgut untuk membawanya ke balaiP0lis.

Ikuti video yang disediakan bagi mendapatakan gambaran sebenar di pihak Kak Long dan anak lelakinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.