Amalan

Pegawai Najib tawar potong gaji sebulan lepas bertelagah dgn wartawan. Rupanya ini hubungan dia dgn Siti Saleha

Selepas media mendedahkan berlaku perkelahian antara seorang pegawai Datuk Seri Najib Razak dengan seorang wartawan, akhirnya seorang pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri itu tampil membuat pengakuan berhubung insiden tersebut di Johor baru-baru ini.

Pegawai Najib itu, Ahmad Lutfi Azhar mengakui berkelahi dengan seorang wartawan yang dimarahinya ketika merakam bossnya itu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan dikenakan kompaun oleh pegawai kesihatan negeri di Tangkak.

Lutfi bagaimanapun menafikan mengeluarkan kata-kata kesat berunsur makian terhadap wartawan tersebut dan hanya menegurnya secara tegas kerana tindakan merakam Najib yang melanggar SOP kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf atas salah faham dan jika saya nampak seolah-olah menyinggung perasaan.

“Saya tegas tetapi tidak kesat, bagaimanapun saya tahu saya salah kerana saya tidak sepatutnya meminta media memadamkan gambar walaupun dia mengambil gambar saya – dan bukan Najib.

“Sangat tidak biasa bagi saya untuk bertindak seperti ini tetapi mungkin ia adalah kerana situasi tegang dan keletihan di jalan raya,” katanya menurut laporan portal Malaysiakini.

Tambah Lufti, Najib tidak menyedari kejadian itu, tetapi apabila dia memaklumkan perkara berkenaan, bossnya itu menegur dengan berkata: “Ini bukan cara kita dan kita harus sentiasa bertindak dengan sopan dan tidak terlalu tegas.”

Portal tersebut juga semalam melaporkan kejadian itu berlaku pada 8 Mac semasa Najib mengiringi calon BN dari MCA bagi DUN Tangkak, Ong Chee Siang di Pusat Penjaja Tangkak Jaya.

Insiden itu berlaku ketika Najib dan Chee Siang sedang menjamu selera, apabila sepasukan anggota pegawai dari jabatan kesihatan telah cuba mendekati rombongan Najib.

Seorang anggota rombongan yang memakai baju hijau muda menghampiri pegawai tersebut dan wartawan yang berada di situ mula merakamkan gambar.

“Apabila (Lutfi) menyedari seseorang sedang mengambil gambar, dia menghampiri seorang wanita yang mempunyai bukti bahawa dia adalah petugas media, dan memintanya memadamkan gambar yang diambil itu.

“Saya dengar wanita itu enggan berbuat demikian dan sebaliknya bertanyakan identiti individu tersebut. (Lutfi) menjawab bahawa dia adalah pegawai Najib dan berulang kali berkata ‘Najib bos saya’.

“Terjadi pertikaman lidah antara mereka dan lelaki itu menggunakan bahasa kesat terhadap wanita berkenaan. Malah, dia mendekatkan dirinya ke arah wanita itu. Dia sangat bongkak.

“Wartawan itu meminta lelaki tersebut supaya menjarakkan diri. Tetapi lelaki itu berulang kali membalas dengan kata kesat. (Pertengkaran) berakhir dengan kedua-duanya membuat panggilan telefon,” kata saksi kejadian.

Najib sedang giat berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dan dia sering dilihat dikerumuni oleh orang ramai yang mahu bergambar dengannya dan diiringi penyokongnya.

PRN akan diadakan pada Sabtu ini.

Rupanya Bekas Suami Siti Saleha

Tiada angin tiada ribu, hari ini hangat diperkatakan mengenai bekas suami kepada pelakon Siti Saleha iaitu Ahmad Lutfi Azhar yang juga merupakan pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak.

Memetik MalaysiaKini, Lutfi didakwa memarahi seorang wartawan wanita kerana enggan memadamkan gambar yang diambilnya.

Lutfi juga didakwa menggunakan perkataan kesat dan merapatkan mukanya kepada wartawan itu. Difahamkan, insiden itu berlaku ketika Najib dan Ong sedang menjamu selera, apabila sepasukan anggota pegawai dari jabatan kesihatan telah cuba mendekati rombongan Najib.

Laporan memberitahu, Lutfi menyedari seseorang sedang mengambil gambar dan kemudian menghampiri seorang wanita merupakan seorang petugas media dan memintanya memadam gambar yang diambil itu.

Pertengkaran mulut bermula selepas wartawan tersebut enggan melayan permintaan Lutfi dan bertanyakan identiti Lutfi yang kemudiannya berkali-kali memaklumkan yang dia merupakan pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Terjadi pertikaman lidah antara mereka dan lelaki itu menggunakan bahasa kesat terhadap wanita berkenaan. Malah, dia mendekatkan dirinya ke arah wanita itu. Dia sangat bongkak,” kata saksi kejadian.

Bagaimanapun, pegawai khas kepada Najib itu membuat permohonan maaf serta menawarkan gaji satu bulannya dipotong.

SUMBER MALAYSIAKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.