Hiburan

Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, tapi lain pula yg netizan perasan

Sebelum ini sudah tular harga sotong dan juga kepala ikan yang terlalu mahal dan juga megundang kecaman netizen namun mendapat penjelasan daripada restoran yang terlibat.

Rata – rata kedai makan yang menyajikan makanan laut sememangnya mempunyai harga yang mahal kerana bahan mentah yang digunakan segar dan juga mahal dipasaran.

BUKAN kali pertama harga makanan mahal di restoran disebarkan warganet di media sosial.

Jika sebelum ini pernah kecoh tentang harga kari kepala ikan dan sotong di restoran mamak, terbaharu seorang pelayar memuat naik resit makanannya yang terpampang harga seekor sotong goreng saiz besar berjumlah RM100.

“Sotong goreng RM100,” tulisnya, dipercayai pelanggan restoran itu pada satu ciapan di Twitter.

Menerusi perkongsian tersebut, dia juga memuat naik gambar resit makanannya yang keseluruhannya berharga RM108.30.

Selain sotong goreng yang berharga RM100, lauk lain yang diambilnya adalah sayur kobis dan telur masin, berserta nasi putih.

Berdasarkan butiran lokasi dan masa yang tertera pada resit, kejadian berlaku di Restoran Hameediyah, Lebuh Campbell, Pulau Pinang pada petang Isnin (7 Mac).

Perkongsian yang dipercayai dimuat naik oleh pelanggan restoran berkenaan.

Bagaimanapun di sebalik perkongsian berkenaan, kebanyakan netizen mempertikaikan motif sebenar pelayar berkenaan, memandangkan dia memuat naik resit tersebut di belakang but kereta yang jelas terpampang model kenderaannya.

“Yang penting ambil gambar bil sotong RM100 belakang lambang kereta Honda. Kau mampu kan? Bayar ajelah nak bising buat apa. Dah tau pi mamak penyakit dia jangan nak ambil sotong ke ketam. Kalau nak murah makan nasi lauk telur dadar dengan sayur ajelah, settle.

“Takpe… mampu bawa kereta ‘H’ confirm bayar sotong harga RM100 takde hal.

“Motif ambil gambar sebelah emblem H*nda C*vic Type R?” demikian antara komen netizen.

Seorang netizen mempertikaikan motif sebenar pelanggan berkenaan memuat naik resitnya.

Namun dalam masa yang sama, ada warganet yang menjelaskan bahawa harga sotong kebiasaannya lebih mahal berbanding lauk yang lain.

Malah mereka mencadangkan pengunjung restoran mamak agar bertanyakan harga sesuatu hidangan terlebih dahulu sebelum bertindak ‘berani’ tanpa usul periksa.

“Hameediyah memang mahal lagi-lagi sotong besar-besar tu. Kena tanya harga dulu baru ambil.

Yang penting ambil gambar bil sotong RM100 belakang lambang kereta Honda. Kau mampu kan? Bayar ajelah nak bising buat apa.

“Nasi kandar kalau ambil sotong memang kena getah la. Better ambil ayam atau daging ja.

“Standard. Kambing pun RM200,” kata netizen yang lain pula.

Untuk rekod, sebelum ini pernah tular isu yang sama membabitkan harga sotong goreng di restoran sama.

Dalam posting itu, pelanggan wanita tersebut berkata, dia hanya memuat naik gambar resit dan makanan itu dalam kiriman Instagram dan tidak meletakkan sebarang kapsyen merujuk kepada harganya.

Antara komen warganet yang memberi maklum balas terhadap perkongsian berkenaan.

Pelanggan itu bagaimanapun berkata seorang individu telah berkongsi tangkap layar tersebut sebelum memuat naik di laman Facebook, malah individu itu turut menambah kapsyen yang menyebabkan berlakunya salah faham.

Isu berkenaan selesai selepas dia tampil memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

Dalam resit bekenaan juga terdapat beberapa menu lain yang normal harganya di restoran berkenaan namun hanya harga sotong yang dikatakan mendapat perhatian kerana terlalu mahal dengan harga RM 100

Dia yang juga mengambil makanan seperti nasi , kubis dan telur masin dan jumlah keseluruhan adalah Rm 108.30.

Terdapat juga butiran lokasi iaitu di Restoran Hameediyah , Lebuh Campbell , Pulau Pinang , yang mana restoran ini juga pernah viral sebelum ini kerana harga makanan lautnya yang sememangnya mahal dan terkadang tidak masuk akal namun tetap menjadi tarikan kerana pelancong dan juga pelanggan mungkin kerana servis yang ditawarkan .

Kebanyakkan penggemar makanan yang berada di sekitar Pulau Pinang dan juga pelancong di kawasan berkenaan sudah tahu tentang harga makanan laut di kawasana berkenaan dan lebih berhati-hati dalam memlilih makanan mengikut bajet dan kemampuan.

Jika berkemampuan tidak salah untuk memilih makanan kesukaan dan juga kegemaran namun tidak perlulah membuat perkongsian yang bole menjatuhkan orang lain serta memalukan diri sendiri .

Isu sotong mahal, PPDNHEP bagi peniaga mamak 2 hari untuk maklum balas

Terdahulu pengusaha Restoran Hameediyah dikehendaki memberikan maklum balas dalam tempoh dua hari kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna PPDNHEP) Cawangan Timur Laut susulan tular sotong goreng dijual dengan harga RM100 di restoran berkenaan.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, tiga pegawai penguat kuasa PPDNHEP Cawangan Timur Laut telah menjalankan pemeriksaan di restoran nasi kandar di Lebuh Campbell itu hari ini.

Kata beliau, pihaknya telah mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kepada pengusaha restoran itu bagi mendapatkan maklumat serta harga kos dan jualan bagi sotong goreng.

“Pengusaha dikehendaki memberikan maklum balas notis dalam tempoh dua hari bekerja atau sehingga 26 November ini kepada pejabat Cawangan Timur Laut.

“Sekiranya gagal mengemukakan maklum balas yang diminta, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

TULAR gambar yang dimuat naik individu yang tidak berpuas hati kerana dikenakan bayaran RM100 untuk dua ekor sotong.

Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell di sini yang merupakan antara restoran nasi kandar popular di negeri ini menjadi topik panas di dalam media sosial selepas resit hidangan dua ekor sotong berharga RM100 tular hari ini.

Salinan resit berkenaan yang menunjukkan harga bagi dua ekor sotong goreng berharga RM100 manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50: nasi putih (RM1.50); dua biji telur masin (RM2); papadom (RM3) dan timun (RM2) menjadi perdebatan warga maya yang menganggap harga berkenaan amat melampau.

Mengulas lanjut, Mohd. Ridzuan berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai penguat kuasa telah PPDNHEP mengambil keterangan peniaga mengenai isu yang tular bagi membantu siasatan lanjut.

Tambahnya, PPDNHEP negeri sentiasa memandang serius sebarang isu kenaikan harga atau yang unsur pencatutan yang berkemungkinan dilakukan oleh peniaga-peniaga.

“Sekiranya berlakunya sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah, disarankan pengguna membuat laporan rasmi kepada pihak kementerian,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.