Amalan

PM Kongsi Keadaan Banjir di KL, tapi komen netizan tarik perhatian ramai

BANJIR menenggelamkan beberapa jalan di pusat bandar Kuala Lumpur setakat pukul 4 petang Isnin, menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (Itis).

Itis, yang merupakan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, banjir dikesan di terowong di hadapan bangunan Tabung Haji dan Jalan Chan Sow Lin.Setakat pukul 3.50 petang, ia turut memberi amaran bagi kawasan dekat Jalan Pudu, Jalan Sri Pemaisuri, Jalan Tun Razak danJalan Pahang.

Sementara itu, tular video di media sosial menunjukkan kereta terperangkap selepas ditenggelami air di Jalan Kuchai Lama, dipercayai dari Lebuhraya Pantai Utara Baharu (NPE) menghala ke Sungai Besi.

Satu lagi video menunjukkan banjir di Pudu, walaupun kenderaan masih dapat melaluinya.

Namun menerusi video lain, kemungkinan menunjukkan bahagian lain Pudu, apabila sebuah kereta peronda polis terperangkap dalam banjir.

Tapak parkir kereta berdekatan dengan KLCC ditenggelami air.

Selain itu, Jalan Tun HS Lee turut dilanda banjir dengan seseorang cuba mengalihkan motosikalnya manakala sebuah kereta terperangkap.

Dalam pada itu, Itis dalam kenyataan terbaharu pada pukul 4.25 petang berkata, terowong SMART ditutup sepenuhnya untuk operasi banjir.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah ketika dihubungi berkata, DBKL sedang memantau keadaan itu tetapi menunggu maklum balas daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Dalam pada itu, Perdana Menteri ada memuat naik status beserta gambar keadaan banjir sekita Kuala Lumpur

“Enam kawasan di Pusat Bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan dinaiki air.

“Kementerian dan agensi telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia.

“Elak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan.”

Namun ada netizan yang masih tidak berpuas hati dengan tindak balas yang perlahan dari kerajaan kerana banjir kilat seperti ini kerap kali melanda

“update mcm ni org biasa pun boleh buat, cuba buat suruhanjaya siasatan diraja (rci) untuk cari root cause banjir kilat ni then settlekan once and for all. bila Malaysia nak maju ni”

Leave a Reply

Your email address will not be published.