Uncategorized

Roslan Shah dituduh sengaja buat-buat pengsan – “Susah nak agak, dulu dia pernah berlakon macam ni”

SUSULAN insiden pengsan semasa siaran langsung program Wanita Hari Ini (MHI) pada Isnin, ada yang mendakwa pengacara Roslan Shah melakukan gimik untuk meraih perhatian.

Sedar dengan andaian itu, Roslan menjelaskan insiden berkenaan benar-benar berlaku tanpa dirancang memandangkan keadaan kesihatannya kurang baik.

“Takkan la benda macam ni saya nak buat gimik pula! Apa kaitan saya dengan WHI? Memang tak terlintas nak buat gimik, benda ni memang tak terduga, saya pun kurang sihat semasa itu.

“Ini semua berlaku dengan tiba-tiba, bukan saja-saja nak propa untuk buat marketing atau gimik! Biarlah netizen nak kata apa pun sebab benda-benda macam ni kita tak boleh nak duga.

“Bagi saya sesuailah dengan topik WHI semalam iaitu Mulut Tempayan… bila jadi benda macam ni baru kita tahu mulut orang memang tak boleh nak tutup. Biarlah mereka nak cakap apa pun, mereka tak tahu apa berlaku sebaliknya.

Roslan Shah akui kurang sihat semasa menghadiri temubual bersama program tersebut.

“Ada saksi lain yang turut berada di studio pada hari kejadian, tanyalah mereka apa yang terjadi ketika itu. Saya tak pernah buat gimik macam ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Isnin, Roslan tiba-tiba rebah ketika ditemu bual oleh pengacara WHI iaitui Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana semasa program itu bersiaran secara langsung di TV3.

Roslan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memaklumkan dia mengalami tekanan darah tinggi mencecah lebih 220.

Semalam tekanan darah saya naik tiba-tiba. Buat masa ini belum tahu lagi sampai bila saya akan berada di wad

Kejadian mengejutkan itu menerima pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menulis komen negatif dan menganggap ia hanya lakonan semata-mata.

“Susah nak agak, dulu pun dia pernah berlakon macam ni kat program Citcat Azwan.

Antara komen netizen di laman Instagram.

“Tengok gaya pun cepat benar rebah ke bawah, sedangkan dia duduk elok je kat kerusi tu.

“Saya selalu tengok orang pengsan, tapi ini nampak macam dibuat-buat,” ujar beberapa netizen.

Roslan nafi berpura-pura pengsan semasa live program berkenaan.

Dalam pada itu, Roslan berkata, keadaan kesihatannya semakin stabil tetapi masih ditahan di wad.

“Sekarang ini saya masih ditahan di wad Hospital Sungai Buloh, Alhamdulillah terbaharu doktor memberitahu saya tiada darah tinggi dan tiada kencing manis.

“Cuma semalam tekanan darah saya naik tiba-tiba. Buat masa ini belum tahu lagi sampai bila saya akan berada di wad.

“Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang terus mendoakan agar saya cepat sihat dan boleh bekerja seperti biasa,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.