Hiburan

Sajat Hlna JAIS L3mbab, Pensyarah Fisiolagi Bagi Satu Nasihat Boleh Buat Ibu Sajat Termenung Panjang

Sentiasa menjadi ‘spotlight’ dan tumpuan meskipun sudah berhijrah ke negara lain, Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Sajat kembali menjadi bahan bualan ramai apabila dia dikatakan telah menghina Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam video terbarunya.

Dalam video tersebut, Sajat mengatakan JAIS sebagai lembab dan bertindak lambat dalam mengambil tindakan ke atasnya sehingga dia sempat melarikan diri ke luar negara.

Berikutan itu, Pensyarah Fisiolagi dari Universiti Sains Islam Malaysia iaitu Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menerusi sebuah perkongsian di Facebook milikya telah meminta agar mereka di luar sana tidak ‘terlalu teruja’ dengan video Sajat tersebut.

Tak ada apa yang memeranjatkan melihat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memperolok-olokkan JAIS dalam TikTok terbaru beliau.


Kata Dr Rafidah, dia yakin JAIS telah menjalankan tugas mereka dengan baik bagi mempertahankan kesucian agama Islam.

Dia dalam pada itu turut meminta agar ibu bapa Sajat di rumah agar sentiasa mendoakan anak mereka agar kembali bertaubat ke jalan yang benar dan menjelaskan apa sebenarnya kesilapannya.

Saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa individu mak nyah yang berhijrah di Malaysia dan di Indonesia. Ketika ditemuramah, mereka percaya doa ibu yang tidak putus-putus mengajak mereka bertaubat itulah yang menjadi tali pengikat yang menarik mereka pulang ke jalan yang benar.

Justeru itu saya berharap agar ibu dan bapa kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendoakan agar beliau kembali ke jalan yang benar. Terangkan dengan jelas kesilapannya.

Dr Rafidah juga sempat berkongsikan pengalamannya menyantuni golongan mak nyah ini di mana dia mendedahkan bahawa ramai sebenarnya yang tertekan kerana sering didiskriminasi masyarakat serta stigma negatif daripada orang ramai.

Kata-kata sebahagian netizen yang bersetuju dengan pandangan Dr Rafidah.

Ibu Sendiri Dedahkan Aktiviti Sebenar Sajat di Australia Sampai Rezeki Dia Lebih Melimpah

Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal yang kini menetap di Australia, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat memaklumkan bahawa dia tidak akan sesekali memujuk anak lelakinya itu untuk pulan ke Malaysia.

Ujar Maimon Omar,66, dia lebih reda dan rela Sajat kekal berada di luar negara kerana bimbang akan keselamatannya serta tindakan undang-undang yang bakal dikenakan sekiranya Sajat pulang ke negara ini.

Kata Maimon, dia melihat rezeki Sajat lebih melimpah ruah di Australia dan turut berasa bangga dengan kejayaan Sajat ketika ini.

Tak..memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia urus sendiri hal dia.
Ibu Sajat yang ditemui sebuah media berkata, sebagai ibu dia sentiasa mendoakan serta merestui kehidupan Sajat walau apapun yang terjadi.

Tambahnya, anak lelakinya itu sering berhubung dan meminta restu daripadanya sebagai seorang ibu.

Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik. Kita takan burukkan sesiapa, buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki.

Dalam pada itu, Maimon turut mengulas mengenai kecaman yang diterima dia dan keluarga namun lebih memilih untuk tidak terlalu memikirkan hal berkenaan.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah..saya tahu apa yang dia buat..” ujarnya.

Sajat yang kini menetap di Australia sejak Oktober tahun lalu membuat keputusan untuk meninggalkan tanah air setelah berasa tidak selamat untuk tinggal di Malaysia.

Dia juga turut meninggalkan kedua-dua orang anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza di bawah jagaan ibu bapanya di Malaysia.

Sumber : beautifulnara.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.