Hiburan

Suspek Mengaku Bawa Bot Laju ‘Bvnuh’ Tangmo, Identiti VVIP Menginap Hotel Berhampiran Sungai Tarik Perhatian Ramai

SETELAH 13 hari berlalu, kematian aktres Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong terus mendapat perhatian ramai.

Pihak berkuasa Thailand terus gigih menyiasat pesalah sebenar walaupun memberikan klasifikasi kematian aktres itu sebagai kemalangan. Khabarnya kes akan dimuktamadkan Jumaat ini.

Setakat ini dua daripada lima yang berada di dalam bot iaitu pemilik bot, Tanupat Por Lerttaweewit dan pemandu bot, Phaiboon Robert Trikanjananun menjadi suspek. Mereka didakwa mengendalikan bot tanpa lesen dan cuai hingga menyebabkan kematian.

Bibir Merah kagum dengan semangat warga maya yang terus percaya kematian Tangmo bukan kemalangan sebaliknya mangsa pembunuhan terancang.

Malah pelbagai petunjuk diperoleh dalam usaha merungkai misteri kematian itu menerusi pelbagai teori yang wujud.

Terkini, Bangkok Post melaporkan rakan rapat Tangmo, Warinthorn Watsang yang juga dikenali sebagai Anna TVpool memberitahu Tangmo tidak pernah mengambil dadah dan menerima bayaran untuk memberikan ‘layanan.’

Rakan baik Tangmo, Anna TVpool (Kredit foto: Bangkok Post)

Bagaimanapun apabila ditanya adakah Tangmo diumpan untuk bersiar-siar di Sungai Chao Phraya Khamis lalu, Anna berkata mungkin ada orang lain yang layak memberikan jawapan.

Reaksi Anna seolah-olah ditujukan kepada pengurus Tangmo, Idsarin Gatick Jathusaksawat kerana pelakon itu selalu mempercayai kepada wanita itu tanpa banyak soal.

Rakan bot Tangmo pada malam kejadian.

Malah Anna turut memberitahu Tangmo tidak mengenali orang lain di dalam bot berkenaan kecuali pengurusnya.

Dia juga turut mencadangkan ‘masyarakat’ memeriksa punca beberapa foto laman sosial Instagram milik Tangmo dipadam dan komen pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, tetamu rancangan bual bicara saluran Channel,7 bekas pegawai polis Cawangan Khas, Santhana Prayoonra berkata dia tidak percaya Tangmo pergi menenangkan diri di belakang bot kemudian terjatuh.

Malah Santhana membongkar satu lagi fakta menggemparkan iaitu seorang tokoh ternama telah menginap di sebuah hotel mewah di tepi Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.

Media Thailand melaporkan polis mungkin mempertimbangkan memfailkan pertuduhan terhadap salah seorang rakan bot Tangmo, Nitas Job Kiratisoothisathorn, kerana didakwa membawa pulang sebotol wain dan membuang gelas wain ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam tragedi itu.

Robert diiringi polis ketika proses lakon semula kejadian pada 2 Mac lalu. (Kredit foto: Bangkok Post)
Ada kemungkinan tindakannya akan dilihat sebagai membantu atau menyokong orang lain untuk menyembunyikan kesalahan.

Wisapat mungkin menghadapi tuduhan seperti Robert dan Por. Malah ketika disoal siasat, mereka berlima dilihat cuba menutup perkara sebenar dengan memberi kenyataan palsu.

Namun yang paling mendukacitakan Bibir Merah ialah ada dakwaan mengatakan peguam ibu Tangmo, Panida Siriyuthayothin adalah tidak bertauliah kerana tidak mempunyai lesen perkhidmatan.

Baca juga: #SiBibirMerah Kematian tragis Tangmo Nida, warganet berang ibu terima permohonan maaf, pampasan RM3.8 juta

Malah ‘peguam’ itu dikatakan terlibat dengan sejarah penipuan.

Masa untuk mendapatkan kebenaran kes ini semakin singkat. Dalam masa yang sama pelbagai masalah timbul, dapatkah misteri kematian Tangmo Nida dirungkaikan?

Semoga pelaku sebenar yang menjadi punca kematian Tangmo Nida didakwa dan diberi hukuman setimpal tanpa mengira pangkat dan status.

sumber: sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.