Hiburan

Terkandas Di Perhentian, Sekali Netizen Tuduh Nafiez Zaidi, Kekasih Tinggal Sebilik Di Pulau Perhentian

Baru-baru ini, laporan memberitahu pelakon Fify Azmi dan Nafiez Zaidi antara pelancong yang terperangkap di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu selepas memasuki tempat peranginan itu sejak 24 Februari lalu berikutan ombak kuat.

Bagaimanapun, ada netizen menuduh mereka melakukan perkara tidak elok apabila berkunjung ke pulau itu. Menurut, Nafiez berkata dia sudah menjangkakan kecaman tersebut apabila ada yang menuduh mereka tinggal sebilik.

“Ditambah kami adalah pasangan kekasih dan ia makin menguatkan dakwaan itu. Bagaimanapun, kami ke sana atas undangan kerja dan bukannya suka-suka.

“Betul, perkara ini akan timbulkan fitnah apabila kami buat hantaran begitu di media sosial. Namun, kami cuma nak kongsi keadaan sebenar yang berlaku ketika di sana,” katanya.

Kata Nafiez lagi, netizen boleh menuduh apa sahaja kerana mereka tidak nampak apa yang berlaku di sana. Ujarnya, mereka tidak melakukan sesuatu di luar batas seperti yang didakwa.

“Tak hairanlah mereka akan tuduh kami buat benda tak elok. Alhamdulillah, kami jaga kelakuan dan jaga batasan sebagai umat Islam. Lagipun ia bukan di luar negara. Semua yang bekerja di resort itu adalah orang Islam. Takkanlah kami nak pergi duduk berdua-duaan begitu.

“Kami pun datang dalam bot yang sama dengan keluarga Melayu dan mereka pun kenal kami. Biarlah netizen nak cakap apapun. Yang penting hanya kami berdua tahu perkara sebenar. Keluarga kami pun tahu kami ada di sana,” katanya.

Sementara itu, Nafiez memaklumkan mereka berjaya berjaya keluar dari pulau itu pada jam 10 pagi kelmarin dengan bot yang disediakan.

‘Memang Saya Banyak Berdoa & Tawakal’ – Terkandas Di Perhentian, Fify Azmi Nasihat Tangguh Dulu Niat Masuk Pulau

Pelakon Fify Azmi dan Nafiez Zaidi antara 389 orang pelancong yang terperangkap di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu selepas memasuki tempat peranginan itu sejak 24 Februari lalu.

Patut balik semalam

Ketika dihubungi OhBulan!, Fify, 31, berkata tempat penginapan mereka di Pulau Perhentian Besar tidak terjejas namun bot tidak boleh masuk disebabkan ombak kuat.

Kata pemilik nama Nur Afiqah Mohamed Azmi, dia bersyukur selepas lima hari menempuh situasi menakutkan akhirnya mereka selamat keluar dari pulau terkenal itu.

Sepatutnya kami balik pagi semalam tapi Jabatan Laut Malaysia beritahu di sebelah Besut bot tak boleh keluar lagi. Hari kelima kami di sini alhamdulillah pagi tadi hujan tidak turun.

Saya bersama pelancong lain sudah boleh keluar daripada pulau ini dan sekarang sudah berada di jeti. Kali pertama saya terkandas, memang ‘hectic’ dengan hujan, ribut dan angin kuat. Memang saya banyak berdoa, bersabar dan tawakal.

Saya pergi sana atas jemputan resort tetapi memandangkan situasi tidak mengizinkan memang tidak ada sebarang aktiviti laut boleh dilakukan.

Pergi bulan April ke atas

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar menasihati orang ramai agar menangguhkan hasrat untuk bercuti ke pulau dalam masa terdekat ini.

Saya rasa masa sekarang tidak sesuai untuk bercuti ke pulau.. lebih baik pergi pada bulan April atau Mei. Sebab kita pun tak tahu apa yang akan terjadi.

Pelakon baharu, Fify Azmi antara yang berjaya membuka mata ramai menerusi persembahan lakonannya dalam filem Wira yang menemui penonton sejak 21 November.

Rata-rata penonton menzahirkan respon positif sewaktu tayangan media dan malam gala filem aksi berkenaan baru-baru ini.

Sebelum ini, namanya agak terpencil daripada pengetahuan khalayak kerana hanya menjayakan peranan kecil dalam drama mahupun filem. Wira bagaimanapun merupakan penampilan pertamanya sebagai karakter utama.

Antara lain, filem arahan Adrian Teh itu dibintangi Hairul Azreen, Zizan Razak, Dain Said, Yayan Ruhain, Ismi Melinda, Josiah Hogan, Henley Hii dan ramai lagi.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Afiqah binti Mohamed Azmi. Dikenali umum dengan nama komersialnya, Fify Azmi.

2. Lahir pada 10 April 1990 di Subang Jaya, Selangor. Juga menetap di Subang Jaya.

3. Kini berusia 29 tahun.

4. Menempa populariti selepas bergelar finalis program Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Puteri Aishah, Mimi Lana dan Syamim Farid.

5. Namanya meningkat naik menerusi aplikasi media sosial, Keek.

6. Pernah menyertai beberapa program televisyen popular seperti Fear Factor, Juara Joran dan GM2.

Fakta Menarik

Mempunyai seorang kembar yang juga seorang selebriti iaitu Khalie Azmi.

Berbakat dalam bidang lakonan dan peragaan, selain berkebolehan bermain futsal.

Menganggap dirinya menimba pelbagai pengalaman sewaktu menyertai Dewi Remaja di mana beliau banyak belajar tentang teknik solekan, termasuk cara berjalan dengan betul.

SUMBER HARIAN METRO

Leave a Reply

Your email address will not be published.