Amalan

Abang Kawasan Tunjuk Hebat Ugut Peniaga Jalanan, Apa Yg Jadi Lepas Tu Buat Dia ‘Terciduk’

Sejak semalam, tular sebuah video menyaksikan gelagat seorang lelaki mengaku dirinya sebagai abang long kawasan.

Bukan itu sahaja, dia juga turut mengaku mengenali anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) serta mempunyai ramai kenalan.

Mengaku abang kawasan

Menerusi perkongsian di Tiktok, difahamkan lelaki terbabit ingin mengutip duit tapak niaga daripada seorang wanita.

Dalam suasana hening di waktu malam, kelihatan lelaki itu duduk di dalam kereta sambil berceloteh menceritakan kehebatan dirinya sebagai abang long di kawasan berkenaan serta anak jati Johor.

Tidak dengan itu, dia juga sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan wanita terbabit untuk diberikan kepada ‘anak buah’ nya sebagai rekod jika dia melakukan masalah lagi.

Wanita 52 tahun dengan muka baby face. Dia lakukan sebelum tidur

Pelajar ciptakan diet untuk orang malas. Turun 10 kg dalam 3 hari

Terkedu dibawa ke balai

Walau bagaimanapun, difahamkan lelaki itu telahpun dibawa ke balai polis Parit Raja.

Bukan anak jati Johor

Part 2

‘Abg Kawasan’ dah kena kutip rupanya
Katanya saspek bukan anak jati johor asal orang kelantan tapi dok Parit Raja

Menurut sumber saspek juga telah di bawa ke balai polis parit raja untuk tindakan lanjut..

Malah, terbongkar pula identiti sebenarnya bahawa dia merupakan anak kelahiran Kelantan dan menetap di Parit Raja.

Mungkin imej kereta dan teks yang berkata ‘Forwarded UPDATE PAILANG GAH DENGAN STICKER DAN BAJU. Alhamdulillah… perlaku sudah dapat di tangkap.sekarang berada di balai polis parit raja Suspek sudah dikenali pasti…bkn org Johor…asal Kelantan dan menetap di parit raja… insyaallah skrg ni tunggu siasatan seterusnya. Terima kasih kanda2 parit raja ON! 12:39 PM BLB 203 L 12:39 12:39PM PM’

SUMBER: Tiktok bukan_manusia9669
Twitter nanmanjoi8715, REDAKSI

Leave a Reply

Your email address will not be published.