Entertainment

Ada Sakit Mata Tengok Aaisyah Dhia Rana Bersiap, Ini Respon Padu Che Ta – ‘Mak Dia Ratu Malaysia Dulu’

Tindakan pelakon Rozita Che Wan membenarkan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana bersolek pada usia masih kecil menimbulkan rasa kurang senang dalam segelintir netizen.

Anak saya suka melaram

Enggan membiarkan pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan terhadap diri dan keluarga, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tampil menyuarakan kemarahan di Instagram (IG).

Tegas Che Ta, Aaisyah memang suka bersolek dan melaram kerana itu adalah hobinya.

Tolong dengar! Awak tak nak siapkan anak awak itu masalah awak! Anak saya memang suka bersiap! Tak akanlah dia nak melaram kami nak larang? Contoh anak awak suka melukis, tak akan awak nak marah dia melukis?

Anak saya memang suka pakai alat solek dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia melalak, merajuk. Dah satu kerja saya nak pujuk tak pasal-pasal!

Mana tak tumpah kuah kalau tak ke spagetti?

Tambah pelakon berusia 49 tahun ini, kesukaan dan minat anak perempuannya itu diwarisi daripada dirinya yang sejak dari dahulu suka berhias cantik.

Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar turut menasihati orang ramai agar tidak menjaga tepi kain orang lain.

Kalau tak meletup nanti awak kata kita tak pandai jaga anak. Bila letup sangat pula, awak kata tak kasihankah zaman budak-budak itulah inilah.

Macam awak dulu masa kecil-kecil suka mandi sungai. Mak Pak larang pun awak pergi terjun sungai juga bukan? Gitulah anak kami.

Jagalah anak awak sendiri, sibuk jaga anak orang. Anak sendiri kelaparan. Hampa nak Aaisyah ni duduk dalam guakah?

ROZITA CHE WAN – “KAMI JADI MISS MALAYSIA 1992, ZAIN BARU DARJAH 2”.

Rozita Che Wan bukanlah nama asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air. Walaupun sudah berusia 46 tahun wajah Che Ta masih lagi nampak muda dan penampilannya sentiasa anggun dan cantik. Bekas pramugari ini sangat popular suatu tika dahulu dalam sitkom Kiah Pekasam. Tetapi, ramai yang tidah tahu bahawa Che Ta suatu tika dahulu pernah menyertai pertandingan ratu cantik yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1992.

Miss South East Asia Queen yang berlangsung pada 26 Julai 1992 di Hotel Crown Princess , Kuala Lumpur telah dianjurkan oleh D’Touch Promotion. Mengikut sumber daripada realitiabadi, Che Ta juga adalah merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992. Bagi pertandingan Miss South East Asia Queen 1992 ini, Che Ta telah berjaya menggondol subsidiary title iaitu Miss Agfa Color Photogenic dan Miss A O Winning Look. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang tempat, namun tidak dinafikan kecantikan Che Ta sebagai antara gadis melayu yang memiliki aura ratu dan juga kecantikannya sukar disangkal lagi. Pada pertandingan ini juga terdapat seorang peserta daripada Brunei iaitu Kristina Rahman. Seperti biasa bagi pertandingan Miss South East Asia Queen ini Philippines menjadi JUARA.

Terdahulu, Che Ta dan aktor Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Che Ta semasa menajdi cover majalah remaja

Che Ta ada menasihati sesiapa yang masih single dan belum bertemu jodoh seperti di bawah.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

Leave a Reply

Your email address will not be published.