Uncategorized

“Air Dari Kayangan..”, Rasa Dianiaya, Pelanggan Kesal Tengok Air Kosong. Rupanya Ramai Dah C0mplain

Kenaikan harga barang pada zaman sekarang memang terkesan kepada peniaga. Bagi pihak pelanggan, mereka juga memahami hal dan isu berkenaan. Tetapi, jika mahu menaikkan sesuatu harga, haruslah berpada-pada dan ikut kepada kualiti.

Ramai pelanggan menyatakan, mereka sanggup membayar harga makanan yang diperoleh jika kualitinya berbaloi. Tetapi kebanyakan yang berlaku sekarang, ada pihak yang nampaknya mengambil kesempatan dengan isu harga kenaikan barang ini.

“Air Dari Kayangan..”, Air Kosong RM2.50, Pelanggan Kesal Rasa Dianiaya, Rupanya Ramai Dah Complain

Terbaharu, keluhan dan kesalan seorang pelanggan berkait sebuah kedai makan tentang harga air yang dipesan olehnya menimbulkan rasa geram orang ramai. Perkongsian video yang dikongsi oleh Tyhah99 di akaun TikToknya mencetuskan perdebatan netizen tentang harga air berkenaan.

Melalui paparan bil makanan yang dikongsi, air minuman (sejuk) ataupun air kosong telah dicaj sebanyak RM2.50. Manakala, air honey lemon pula berharga RM10 bagi satu gelas pesanan.

Menurut pelanggan terbabit, harga yang dicaj tidak masuk akal dengan kualiti dan kuantiti yang diberi. Menampakkan pelanggan berkenaan kesal sehingga menggeleng kepala.

“Pokai. Bukan kaleng-kaleng harganya,” jelasnya.

Pemilik video juga berkata, bukannya dia jarang makan di luar, tetapi harga yang dicaj kali ini lain dari yang lain dan dianggap ‘luar biasa’.

Meninjau ruangan komen netizen, rata-rata mereka menganjing dan memerli tentang harga ‘kayangan’ terbabit. Mereka juga bersependapat harga berkenaan hanyalah ingin mengaut untung lebih dan ramai yang menggunakan istilah ‘ni mesti nak untung pergi haji balik hari’.

Misalnya, mengambil salah satu komen netizen bernama Mr Bougu, dia berkata memang semua terkesan dan faham ekonomi yang teruk mengakibatkan peningkatan harga. Tetapi, berpada-padalah dalam mengambil sesuatu tindakan.

“MasyaAllah. Orang faham harga kos meningkat. Naik sikit sudahlah. Macam ank pergi Mekah balik hari nak untung,” komennya tentang kisah air kosong RM2.50 berkenaan.

Selain itu, netizen juga berkata, ramai juga orang lain yang merungut dengan isu sama tentang kedai berkenaan.

“Macam kenal je, sebab tengok cawan macam sama. Dah jumpa ramai yang complain,” kata pengguna TikTok bernama Shima.

“Untung Macam Nak Pergi Haji Balik Hari”

Kesimpulannya, semua pihak sedang terasa kenaikan harga barang buat masa sekarang. Jadi, semua orang tengah bergelut dengan kehidupan.

Penjual dan pembeli memerlukan satu sama lain, jadi untuk membuat sesuatu tindakan, haruslah memikirkan sejauh mana munasabah tindakan itu. Misalnya, dalam kes ini, segelas air kosong dicaj RM2.50 agak mahal dan tinggi. Apa kata anda pula?

HARGA MAKANAN DI RESTORAN NAIK KALI KEDUA TAHUN INI

Dalam perkembangan lain, Peningkatan kos bahan mentah yang semakin tinggi memaksa pengusaha restoran turut menaikkan sedikit harga makanan dan minuman di premis masing-masing.

Tinjauan mendapati, harga makanan dan minuman di restoran sekitar pusat bandar raya ini dinaikkan antara 20 sen hingga RM2 bergantung kepada jenis makanan dan minuman.

Penyelia Restoran Sutera Bayu, Siti Aina, 40, berkata, mereka telah menaikkan harga makanan dan minuman pada Februari lalu. Namun, dengan kenaikan harga barangan dan bahan mentah di pasaran sekarang, harga sedia ada akan disemak semula dan dinaikkan.

“Tapi, kenaikan harga akan dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha ini, tapi ia tidaklah begitu tinggi kerana kami tidak mahu membebankan pelanggan, mungkin naik beberapa sen sahaja.

“Walau bagaimanapun, kami tidak boleh mengekalkan harga lama kerana kos barangan dan bahan mentah naik hampir 50 peratus. Bukan setakat bahan mentah, plastik tapau juga naik harga.

“Kalau hanya satu jenis barangan yang naik harga, itu masih boleh diterima tapi, sekarang, harga semua barangan pun naik. Jadi, kami tiada pilihan, terpaksa juga naikkan harga,” katanya.

Menurut beliau, bekalan minyak botol, gula dan tepung sering kehabisan bekalan di pasaran namun, ia hanya untuk beberapa hari.

Dahulu, harga minyak masak Buruh seberat lima kilogram berharga RM29.70 dan sekarang ia meningkat kepada lebih RM40.

“Kenaikan harga telur juga menjejaskan peniaga kerana telur sudah menjadi asas di restoran, dahulu harga telur hanya RM8 dan naik kepada RM14 dan sekarang telur gred A mencecah RM19 satu papan.

Sumber: tyhah7, https://dailymakan.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.