Hiburan

‘Amell ada buat LIVE dan seakan-akan mencabar saya’-Nama Kena Petik, Didie Alias Tampil Bersuara

Isu melibatkan artis veteran, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, mengenai tuduhan mengamalkan perbuatan syirik yang diviralkan oleh pengurus peribadinya beberapa minggu lalu turut mendapat perhatian pelakon, Didie Alias.

Menurut Didie yang sudah mengenali Mak Wan sejak 2016, pelakon yang popular menerusi drama Mencari Qiblat itu kini berada dalam keadaan baik.

Namun, selaku orang yang paling rapat, beliau sentiasa memberi nasihat agar tidak mempedulikan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya.

“Sejak isu itu bertebaran, setiap hari saya bercakap dengan dia. Saya pesan pedulikan cakap orang, jangan jawab sangat telefon dan berdoa pada Allah. Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan lindungi.

“Dia pun dah buat laporan polis dan saya dinasihatkan biar pihak berkuasa yang bantu selesaikan perkara ini. Masa tu duit dia tinggal RM15… dia kekurangan wang nak beli ubat sebab dia ada asma” katanya.

Sementara itu, Didi berkata, Amell pernah menghubunginya untuk berjumpa sebaik sahaja kenyataan beliau mengenai isu Mak Wan Latah disiarkan dalam program Melodi baru-baru ini.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini beliau masih tidak berkesempatan berjumpa dengan bekas pembantu peribadi Mak Wan itu.

“Bila kenyataan saya keluar di sebuah rancangan hiburan baru-baru ini, Amell ada menghubungi saya untuk berjumpa saya. Tetapi saya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengannya lagi.

“Kemudian saya ada dengar pula yang Amell ada buat LIVE dan seakan-akan mencabar saya. Jangan panaskan keadaan, saya tiada untung pun nak jumpa dia. Husband nasihat jangan campur tangan tetapi saya hanya nak tahu keadaan dan cerita sebenar daripada Mak Wan,” jelasnya.

Terdahulu, Mak Wan tampil mendedahkan yang beliau pernah dipukul, dilempang dan ditendang oleh Amell.

Wanita dikenali sebagai Amell sebelum ini telah berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres itu yang didakwanya panas baran.

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.

Pembantu peribadi kepada Mak Wan iaitu Amel telah berkongsi video menerusi akaun Tiktok miliknya berkenaan sikap panas baranya.
Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.

Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

Namun kini dia memilih untuk bersuara kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan pelakon itu sebelum ini.

“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit:xtra

Leave a Reply

Your email address will not be published.