Hiburan

“Brjalan dgn megah nyer” Wanita Hin4 Islam Muncul Di Kompleks Mahkamah Dgn Diiringi Pihak Polis Tarik Perhatian Ramai

Wanita yang tular di media sosial selepas dikatakan menghin4 Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini, untuk pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghin4 Islam.

Suspek berusia 28 tahun yang memakai baju kot berwarna hitam tiba pada 9 pagi dalam keadaan bergari dengan diiringi beberapa anggota polis dibawa masuk mahkamah.

Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah itu seawal jam 7.30 pagi tadi untuk merakam video serta gambar wanita terbabit.

Teman lelaki wanita berkenaan, 38, pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan teman lelaki kepada wanita yang disiasat kerana menghina Islam di sebuah kelab komedi turut ditahan untuk membantu siasatan.

Tangkapan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 13 Julai ini.

“Bagi suspek wanita yang ditahan pada 9 Julai lalu, permohonan sambung reman akan dibuat memandangkan tempoh reman ke atasnya akan tamat esok.

“Kertas siasatan akan segera dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam BH melaporkan suspek wanita berusia 26 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya malam kelmarin dan direman tiga hari hingga esok.

Suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Siasatan oleh USJT dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muncul Di Mahkhamah

Seorang wanita yang didakwa menghin4 agama Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail tiba di Kompleks Mahkamah KL dengan diiringi pihak polis bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan hari ini.

Sera Nasir | BERNAMA

Reaksi Netizan

brjalan dgn megah nyer…bangga jd tumpuan camera…

 

PERTEMUAN EMPAT MATA BERSAMA RIZAL ‘CRACKHOUSE’ TERPAKSA DITUNDA‼️

Assalamualaikum & Salam Semboyan Malaysia,

Pertemuan empat mata antara saya (mewakili Semboyan Malaysia) bersama pemilik premis ‘Crackhouse’ saudara Rizal yang sepatutnya diadakan petang ini terpaksa DITUNDA.

Saya dihubungi saudara Rizal memohon penundaan tarikh/hari bagi membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan beliau perlu memberi kerjasama penuh kepada pihak polis terhadap dakwaan ke atasnya.

InsyaAllah, tarikh dan masa pertemuan bagi menjernihkan isu ini akan dimaklumkan kelak.

Mohon semua doakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga kita kuat untuk berjihad demi membela agama!

Terdahulu, tular satu video memaparkan wanita mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, itu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail dekat sini.

Dalam video berdurasi 53 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran.

Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu kemudian membuka tudung serta baju kurung dipakainya dan mendedahkan pakaiannya yang sebenar iaitu baju terdedah sebahagian dada tanpa lengan serta memakai skirt pendek yang menampakkan sebahagian paha.

Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan berhubung video yang tular itu mengikut Seksyen 7 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

kredit: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.