Hiburan

“Dahlah pi Thailand berminggu2”-Nadya Syahera Akui Stres, Bagitahu Apa Yg Suami Buat

Pelakon Nadya Syahera mengakui rasa tertekan dalam menguruskan anak-anak disebabkan suaminya, Fizul Nawi berada di Thailand atas urusan kerja.

Menerusi beberapa luahan di InstaStory, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, suaminya seolah-olah tidak mengambil peduli apa dilalui sehingga emosi dan mentalnya terganggu.

Dia habis meeting melencong ke lain

Nadya yang mesra dipanggil sebagai Kak Bed berkata, dia letih menguruskan tiga orang anaknya terkontang-kanting selain sedih kerana sering memendam perasaan namun cuba memujuk hati sendiri.

Minggu depan pergi lagi entah berapa minggu

“Saya ni tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana. Nak keluar kemana-mana berangkutlah anak semua. Belum lagi pasal naik kereta, hujan atau anak semua tertidur dalam kereta.

“Fuh susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Pendam banyak. Tapi selalu pujuk hati, orang lain lagi susah kan? Tapi sedih tahu tak?,” tulisnya semalam.

Malah, pelakon drama Boyfriend Aku Dari Neraka itu juga seolah-olah terasa hati kerana tidak diendahkan suaminya ketika cuba meluahkan bebanan yang dihadapi.

I cuma penat pendam!

“Takde ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia. Sibuk dengan kerja dia 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli.

“Kita dah la duduk rumah uruskan anak seorang diri. Kalau kita luah tu, boleh dengar dan selesakan kita sikit kuranglah rasa sayu ni.

“Tapi tu la. Tak sempat nak cakap, sibuk dengan telefon dan kerja dia je. Nak cuba cakap pun takut, jadi diam atau pendam jelah,” katanya.

Senang lenang lepak, saya gigih jaga anak

Berikutan situasi itu, Nadya turut mengakui dia rasa bersalah apabila anak-anak sering menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan.

Bila saya stres, anak2 kena tempias

Bukan nak marah dorang sangat, tapi tu laa…

Sebelum ini Nadya Syahera terkejut suami buat ‘poll’ di Instagram tanya pendapat nak cer4i, “Tak tahu apa yang dia nak sebenarnya”

Nadya Syahera mengakui terkejut dengan tindakan suaminya, Fizul Nawi yang meminta pandangan netizen menerusi kaedah undian di Instastory berhubung masa depan rumah tangga mereka yang dikatakan sedang bergolak.

Menurut Nadya, 26, dia tidak mengetahui niat sebenar Fizul memuat naik soalan tersebut.

“Saya memang agak terkejut apabila diberitahu Fizul ada meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercerai atau tidak di Instastory dia.

“Tak tahu apa niat sebenar dia buat macam tu. Sebab selama ini, dia tidak pernah pula kata nak cerai tapi ada la juga bagi bayangan seakan nak ke arah itu.

Nadya menunggu kepulangan suaminya untuk berbincang mengenai masalah mereka.

“Saya pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Mungkin apa yang dimuat naik itu dalam keadaan dia sedang marah dan tidak boleh berfikir secara rasional,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, pemilik nama Nadya Syahera Rosli itu dan suaminya berkahwin pada September 2015 serta dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan.

Sumber: Instagram Nadya Syahera

Leave a Reply

Your email address will not be published.