Hiburan

“Darlene Terani4ya”-Rakan Baik Tampil Cerita Perkara Sebenar

Susulan tular video pelanggan memeluk pelayan wanita di sebuah restoran di Setiu baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah melakukan serbuan di restoran berkenaan kelmarin.

Serbuan itu dilakukan bagi mengambil keterangan wanita berusia 35 tahun itu yang dikenali sebagai Darlene untuk melengkapkan siasatan.

Salah seorang pekerja restoran itu yang enggan didedahkan namanya berkata, Darlene teraniaya selepas keterlanjuran dengan beberapa pelanggan mereka.

“Dia mngsa keadaan, orang lain buat hal, kami yang kena,” katanya yang juga memaklumkan Darlene terpaksa mengambil cuti ekoran video tular itu mengundang kecaman pelbagai pihak.

“Tak pasal-pasal terpaksa bercuti untuk menguruskan hal ini (beri keterangan kepada JHEAT),” katanya memetik laporan dari Utusan Online, Rabu.

Portal Sinar Harian pula melaporkan, JHEAT telah menahan Darlene untuk diambil keterangan dalam serbuan yang dilakukan bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu pada malam Selasa.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan Darlene dan beberapa lagi saksi lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Sebaik siasatan lengkap, kertas siasatan akan dihantar ke bahagian pendakwaan syarie untuk didakwa di bawah mana-mana seksyen,” katanya.

JHEAT mengesyorkan kes itu dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Tambahnya, Darlene sebelum ini pernah dipanggil ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan diberi nasihat.

Tangkap layar perbuatan memeluk bahu dan pinggang antara pelanggan lelaki dan wanita di sebuah kedai makan yang tular dalam media sosial.

Isteri kini sangsi nak lepaskan suami berkonvoi motosikal

BETULLAH orang kata, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana tindakan gatal dan tidak senonoh sekumpulan individu, semua pencinta jentera dua roda dipukul rata, lagi-lagi yang sudah beristeri.

Itulah keluhan rakan Merak Jalanan sewaktu bersama-sama minum kopi panas dan makan sepinggan ubi rebus di warung Mak Jan di penghujung Kampung Simpang Empat, Hutan Melintang.

Mula-mula Merak Jalanan tidak faham apa yang dimaksudkan tetapi selepas ditunjukkan video yang tular itu, Merak Jalanan mengucap panjang.

Video tersebut memaparkan aksi tidak sopan pelanggan lelaki iaitu peserta konvoi bermotosikal dengan seorang pelayan wanita di sebuah restoran di Setiu, Terengganu.

Wanita itu pula yang berpakaian ketat hanya membiarkan tindakan lelaki-lelaki gatal berkenaan.

Video itu mengundang kecaman orang ramai sehingga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memaklumkan akan menjalankan siasatan lanjut.

Rakan Merak Jalanan beritahu, bukan kisah itu yang hendak dibicarakan tetapi kisah isterinya yang lebih pantas bertindak, menarik semula kebenaran untuk dirinya berkonvoi bersama geng motosikal ke Terengganu selepas Aidiladha nanti.

Katanya, si isteri berasa tidak senang hati selepas tular video tersebut, ditambah pula ada berita di sebuah portal yang mengatakan penduduk di kawasan berkenaan mendakwa kedai minum itu jadi ‘port’ lelaki gatal melepak.

Jadi katanya, dia terpaksa akur dan paling tidak pun, lokasi berkonvoi perlu diubah untuk mendapat kembali kebenaran atau bawa anak dan isteri bersama. Sungguh kecewa raut wajah sahabat Merak Jalanan.

Jadi, kepada golongan suami yang tegar dengan jentera dua tayar, jagalah kelakuan supaya tindakan anda tidak menyusahkan penunggang-penunggang motosikal yang lain.

Sumber: Utusan Online, Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.