Hiburan

Empayar Keluarga SKOP, Ini Filem-Filem Kutipan Tertinggi Keluarga Yusof Haslam Yang Perlu Anda Tonton

Sebut sahaja nama pengarah Datuk Yusof Haslam, pasti ramai antara kita yang akan membayangkan betapa ikoniknya filem-filem yang pernah disutradarakan oleh beliau. Sejak dahulu lagi, banyak antara filem-filem karya Yusof berjaya menyorot perhatian penonton, sekali gus memberi pulangan yang membanggakan terhadap rumah produksinya, Skop Productions.

Imbas kembali, kerjaya Yusof sebagai pengarah bermula selepas beliau mengarahkan karya pertamanya iaitu Bayangan Maut (1991). Namun, namanya sebagai arkitek filem mula meroket hanya selepas filem

Sembilu (1994) dan Sembilu 2 (1995) meraih perhatian ramai, dengan kutipan masing-masing sebanyak RM4 juta dan RM6 juta.

Kemudian, Yusof Haslam kembali dengan sebuah lagi filem ikonik berjudul Pasrah yang dilakonkan oleh Erra Fazira pada 2000. Filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta pada ketika itu.

Momentum Yusof sebagai sutradara semakin meningkat apabila filem Gerak Khas The Movie (2001) berjaya memberi pulangan sebanyak RM4.4 juta.

Legasi Yusof Haslam sebagai pengarah berkaliber kini kelihatan dalam diri anaknya, Syamsul Yusof yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem arahannya, Mat Kilau. Setakat ini, filem yang baru diluncurkan beberapa minggu lalu itu berjaya meraih kutipan lebih RM60 juta, menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris di Malaysia.

Untuk rekod, ini bukan filem pertama arahan Syamsul yang berjaya meraih jumlah kutipan tiket tertinggi. Sebelum ini, Syamsul turut memecah rekod jumlah kutipan panggung menerusi filem seram Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018).

Menerusi Munafik, Syamsul berjaya meraih RM19 juta manakala Munafik 2 dengan kutipan sekali ganda sebanyak RM48 juta.

Sementara itu, bakat seni yang mengalir dalam keluarga Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul. Seorang lagi anaknya, Syafiq Yusof turut tersenarai sebagai pengarah dengan kutipan tertinggi menerusi filem

Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force (2018) dan Misteri Dilaila (2019). Ketiga-tiga filem ini masing-masing berjaya meraih kutipan sebanyak RM18 juta, RM12 juta dan RM10 juta.

Akan datang, Syafiq bakal kembali dengan buah tangan baharu berjudul Abang Long Fadil 3. Mengekalkan Zizan Razak sebagai tonggak utama, filem yang bakal ditayangkan pada September depan.

Berkesinambungan dengan filem terdahulu, Abang Long Fadil 3 berkisarkan tentang kehidupan Fadil yang dahulunya merupakan bekas gangster menerima tawaran daripada MSS (Malaysian Secret Service) untuk menjadi perisik.

BIODATA YUSOF HASLAM DAN PROFIL TERKINI

Nama Penuh : Datuk Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan

Umur : 63 tahun

Tempat lahir : Jalan Pahang, Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh Lahir : 24 April 1954

Alamat Rumah : Taman Melawati, Kuala Lumpur

Nama Ayah : Md. Haslam Khan

Nama Isteri : Datin Fatimah Ismail

Nama Anak : Faizal Yusof, Syamsul Yusof, Syafiq Yusof, Nursyamin Yusof

Warganegara : Malaysia

Bangsa : Melayu

Agama Islam

‘Tak Perlu AdeganDukung Dan Sembang Juta2’ – Mat Kilau Terus Cipta Fenomena, Kini Raih RM71 Juta

” Sambutan masih hebat dan luar biasa!’

Itu luahan pengarah muda Syamsul Yusof selepas filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencipta fenomena apabila mencatat kutipan RM71 juta setakat petang, hari ini.

Syamsul berkata, filem itu masih mendapat sambutan penonton selain menyifatkan momentum filem itu kuat.

” Kutipan setakat semalam lebih RM68 juta. Kalau termasuk hari ini (petang) sudah mencapai RM71 juta. Sambutan masih hebat dan luar biasa.

” Mungkin sebab cuti, jadi pawagam pun masih penuh. Momentum filem ini kuat.

” Saya bersyukur apabila semua orang membicarakan filem ini. Selain daripada golongan intelektual seperti doktor, pensyarah universiti, malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pun bertitah suruh rakyat menonton filem ini, ambil manfaat daripada filem ini, kembalikan jati diri Melayu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Syamsul mengakui hilang kata-kata dengan sokongan diberikan penonton bukan saja dalam negara, tapi juga di Singapura dan Brunei.

” Sangat luar biasa. Saya hilang kata. Syukur, alhamdulillah. Satu saja, saya nak mengucapkan terima kasih kepada penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang sentiasa memberikan sokongan kepada filem saya.

” Insya-Allah, saya cuba memberikan yang lebih baik untuk filem akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai kutipan Mat Kilau bagi tayangan Malaysia, Syamsul menganggarkan ia lebih RM60 juta.

” Soal kutipan di Malaysia, kena semak. Saya yakin di Malaysia saja lebih RM60 juta,” katanya.

Tak perlu adegan dukung bagai

Terdahulu, kutipan filem Mat Kilau sudah melepasi jangkaan Syamsul apabila sudah berjaya mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan pada 9 Julai.

Jumlah kutipan yang diraih kini berjaya memecah rekod filem paling laris di Malaysia iaitu Munafik 2 yang juga arahan Syamsul pada 2018 sebanyak RM48 juta.

Sementara itu, menerusi semakan di media sosial, rata-rata warganet memberikan reaksi positif kepada pengarah yang juga anak kepada Six Million Dolar Man iaitu Yusof Haslam.

” Tak perlu adegan dukung bagai, filem Mat Kilau bukti masyarakat dahagakan cerita bermutu dan berkualiti” tulis warganet.

Filem-filem kutipan tertinggi arahan Yusof Haslam dan anak dia

Sebut sahaja nama pengarah Datuk Yusof Haslam, pasti ramai antara kita yang akan membayangkan betapa ikoniknya filem-filem yang pernah disutradarakan oleh beliau.

Sejak dahulu lagi, banyak antara filem-filem karya Yusof berjaya menyorot perhatian penonton, sekali gus memberi pulangan yang membanggakan terhadap rumah produksinya, Skop Productions.

Imbas kembali, kerjaya Yusof sebagai pengarah bermula selepas beliau mengarahkan karya pertamanya iaitu Bayangan Maut (1991).

Namun, namanya sebagai arkitek filem mula meroket hanya selepas filem Sembilu (1994) dan Sembilu 2 (1995) meraih perhatian ramai, dengan kutipan masing-masing sebanyak RM4 juta dan RM6 juta.

Kemudian, Yusof Haslam kembali dengan sebuah lagi filem ikonik berjudul Pasrah yang dilakonkan oleh Erra Fazira pada 2000.

Filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta pada ketika itu.

Momentum Yusof sebagai sutradara semakin meningkat apabila filem Gerak Khas The Movie (2001) berjaya memberi pulangan sebanyak RM4.4 juta.

Legasi Yusof Haslam sebagai pengarah berkaliber kini kelihatan dalam diri anaknya, Syamsul Yusof yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem arahannya, Mat Kilau.

Setakat ini, filem yang baru diluncurkan beberapa minggu lalu itu berjaya meraih kutipan lebih RM71 juta, menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris di Malaysia.

Untuk rekod, ini bukan filem pertama arahan Syamsul yang berjaya meraih jumlah kutipan tiket tertinggi. Sebelum ini, Syamsul turut memecah rekod jumlah kutipan panggung menerusi filem seram Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018).

Menerusi Munafik, Syamsul berjaya meraih RM19 juta manakala Munafik 2 dengan kutipan sekali ganda sebanyak RM48 juta.

Sementara itu, bakat seni yang mengalir dalam keluarga Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul.

Seorang lagi anaknya, Syafiq Yusof turut tersenarai sebagai pengarah dengan kutipan tertinggi menerusi filem Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force (2018) dan Misteri Dilaila (2019).

Ketiga-tiga filem ini masing-masing berjaya meraih kutipan sebanyak RM18 juta, RM12 juta dan RM10 juta.

Akan datang, Syafiq bakal kembali dengan buah tangan baharu berjudul Abang Long Fadil 3. Mengekalkan Zizan Razak sebagai tonggak utama, filem yang bakal ditayangkan pada September depan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.