Uncategorized

Hilang Dalam Perjalnan, Lelakk Ni Kongsi Cara Maklum Keberadaan Kita Secara Langsung Guna Aplikasi WhatsApp

Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.

Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3.

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul

Kereta anak dijumpai selepas 9 Bulan, Ibunya Cerita Perkara Sebenar Buat Ramai Sebak

Terdahulu Mayat seorang lelaki yang dipercayai hilang sejak 10 bulan lalu, ditemui di dalam kereta yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, di Pekan, Pahang.

Mayat Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, ditemui lengkap berpakaian di dalam sebuah kereta Proton Iriz miliknya.

Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Ibu mangsa, Azmawati Ab. Kadir, 54 ketika dihubungi berkata, penemuan kenderaan itu disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Dia bagaimanapun reda dan menerima ketentuan Ilahi, dan lega kerana jasad anak lelaki sulungnya yang sudah hampir 10 bulan hilang tanpa jejak itu ditemui.

Tambahnya, anaknya itu sebelum itu sempat balik ke kampung di Pasir Gudang, Johor untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan.

Selepas keluar dari rumah menuju ke Terengganu, Muhammad Iman Aqmar gagal dihubungi sehinggalah mayatnya ditemui kaku di dalam kereta yang terjunam di dalam sebuah sungai.

Kereta dipandu seorang lelaki, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu didakwa ditemukan dalam sebuah sungai berdekatan Jalan Nenasi di Pekan, hari ini.

Menerusi group Facebook Info-Info Semasa, Kemalangan, Bencana, Jenayah Di Pahang & Luar Pahang, seorang pengguna Facebook bernama Adam Wong Jr. berkongsi foto didakwa berkaitan kejadian tersebut.

“Saya terima panggilan berhubung kejadian ini pada pagi tadi, sekarang (petang tadi) pasukan penyelamat sedang menarik kereta dan mayat anak saya masih di dalam kenderaan itu.

“Memang saya sahkan, itu anak saya dan nombor kereta sudah nampak dan itu memang kereta anak saya,” katanya menerusi laporan tersebut.

Wanita berusia 54 tahun itu berkata, dia menerima segala ketentuan Ilahi selain lega akhirnya jasad Iman Aqmar yang merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik ditemukan setelah lama menanti penuh sabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.