Uncategorized

“Hilang dlm perjalanan”-Kereta anak dijumpai selepas 9 Bulan, Ibunya Cerita Perkara Sebenar Buat Ramai Sebak

Mayat seorang lelaki yang dipercayai hilang sejak 10 bulan lalu, ditemui di dalam kereta yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, di Pekan, Pahang.

Mayat Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, ditemui lengkap berpakaian di dalam sebuah kereta Proton Iriz miliknya.

Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Ibu mangsa, Azmawati Ab. Kadir, 54 ketika dihubungi berkata, penemuan kenderaan itu disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Dia bagaimanapun reda dan menerima ketentuan Ilahi, dan lega kerana jasad anak lelaki sulungnya yang sudah hampir 10 bulan hilang tanpa jejak itu ditemui.

Tambahnya, anaknya itu sebelum itu sempat balik ke kampung di Pasir Gudang, Johor untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan.

Selepas keluar dari rumah menuju ke Terengganu, Muhammad Iman Aqmar gagal dihubungi sehinggalah mayatnya ditemui kaku di dalam kereta yang terjunam di dalam sebuah sungai.

Kereta dipandu seorang lelaki, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu didakwa ditemukan dalam sebuah sungai berdekatan Jalan Nenasi di Pekan, hari ini.

Menerusi group Facebook Info-Info Semasa, Kemalangan, Bencana, Jenayah Di Pahang & Luar Pahang, seorang pengguna Facebook bernama Adam Wong Jr. berkongsi foto didakwa berkaitan kejadian tersebut.

“Saya terima panggilan berhubung kejadian ini pada pagi tadi, sekarang (petang tadi) pasukan penyelamat sedang menarik kereta dan mayat anak saya masih di dalam kenderaan itu.

“Memang saya sahkan, itu anak saya dan nombor kereta sudah nampak dan itu memang kereta anak saya,” katanya menerusi laporan tersebut.

Wanita berusia 54 tahun itu berkata, dia menerima segala ketentuan Ilahi selain lega akhirnya jasad Iman Aqmar yang merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik ditemukan setelah lama menanti penuh sabar.

Akhirnya Iman Aqmar ditemukan?
“Kes orang hilang tahun lepas, baru jumpa di jalan Nenasi – Pekan, arwah masih berbaju offshore Pengerang.
“Ingat tak kes orang hilang yang dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Terengganu tu. Moga keluarga arwah tabah dgn ujian ini,” dakwa Adam Wong Jr.

Berikutan tular foto berkenaan, adik Iman Aqmar iaitu Izz Anisaa mengesahkan bahawa kenderaan dipercayai jenis Nissan Grand Livina ditemukan dalam sungai itu adalah kereta abangnya.

Walau bagaimanapun, dia dan ahli keluarga kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti identiti mangsa yang berada dalam kereta tersebut.

“Assalamualaikum, maaf kerana lambat update. Saya adik iman, sahkan itu kereta abang saya sepertimana dalam gambar yang dah ramai orang share di WhatsApp, Facebook.

“Saya dan keluarga dalam perjalanan ke tempat kejadian. Kami akan sahkan orang dalam kenderaan itu abang saya atau tidak. In Sha Allah, kami redha atas segalanya. Iman hak Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, kisah kehilangan lelaki berusia 24 tahun itu tular di media sosial selepas ahli keluarga tidak dapat menghubunginya ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman dari kampung di Pasir Gudang.

Hebahan kehilangan Iman Aqmar
Apapun, kita tunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa mengenai penemuan mayat dalam kereta itu sekali gus dapat menghormati perasaan ahli keluarga Iman Aqmar.

Komen Netizen:

Allahuakbar… teringat misteri kehilangan Acap & Zalina Azman. Moga masih hidop & dapat ditemui..

Allahuakhbar..ingat sgt kes ni..mmg sblm2 ni pn ramai yg fikir mangsa mungkin hilang sbb accident kn…rupenya betol..alhamdulillah..sekurangnya kuburnya bertanda..takziah utk keluarga mangsa.moga ALLAH SWT tempatkan arwah dlm kalangan hambaNYA yg soleh

sekurang2nya kes ni diviralkan awal sejurus kehilangan mangsa..berbeza nasib pembaca berita tu dah 8 bulan hilang baru nak diviralkan..anyway takziah.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.