Amalan

Isu Suruh Rakyat Kurang Makan Telur, Ini Reaksi Ketua Setiausaha Buat Pengarah KPDNHEP Melaka Tak Senang Duduk

UMUM mengetahui bermula 1 Julai, harga bagi beberapa barangan keperluan mencatatkan sedikit peningkatan dengan kerajaan menetapkan harga siling baharu untuk barang mentah seperti ayam dan telur ayam.

Menerusi pengumuman kerajaan pada Rabu, harga runcit siling ayam bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90.

Sementara itu harga siling telur ayam pula naik antara 2 sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C.

Kenaikan harga tersebut sudah semestinya mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Bagaimanapun, video memaparkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar yang menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka agar mengurangkan pengambilan telur berikutan harga baharu itu, sekaligus menimbulkan kemarahan ramai.

“Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.

“Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Melaka TV.

Norena berkata kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Majlis Bandar Raya Melaka, pada Jumaat.

Saranan kurangkan makan telur pendapat peribadi – KPDNHEP

PADANG BESAR – Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur disebabkan kenaikan harga telur merupakan pendapat peribadi beliau.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, Norena mungkin mempunyai pendapat sendiri, namun cara penyampaiannya tidak dapat diterima oleh orang lain.

Menurut beliau, kenaikan harga barang tersebut telah dibincangkan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pengusaha selain mengambil kira sensitiviti rakyat.

“Kerajaan telah masuk campur dengan memperkenalkan subsidi pada telur. Jika tidak harganya lebih tinggi lagi.

“Dalam hal ini terpulang kepada pengguna untuk memilih telur mana yang mahu dibeli kerana terdapat banyak gred iaitu AA, A, B, C, D, E,” katanya kepada pemberita katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar di sini hari ini.

Norena menerima kritikan netizen ekoran saranannya supaya orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.

Terdahulu, Azman berkata, KPDNHEP giat memantau rantaian bekalan barang kawalan dan bersubsidi bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab apabila berlaku penyelewengan.

Kata beliau, pemeriksaan barangan seperti minyak masak, tepung gandum dan gula dilakukan di semua peringkat bermula dari kilang, pemborong hingga peruncit.

Tambah beliau, pengauditan juga akan dibuat bagi mengenal pasti penyelewengan berlaku di peringkat mana.

“Barangan bersubsidi mempunyai kuota dan sekiranya sesetengah kawasan didapati mempunyai permintaan melebihi kuota, maka siasatan akan dilakukan.

“Kita akan lihat sama ada barang tersebut sampai kepada peruncit atau tidak dan sekiranya penyelewengan dikesan, tindakan akan diambil ke atas pihak terlibat dalam rantaian tersebut,” katanya.

Kata beliau, sebanyak 115 kes penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi berlaku di sempadan negara melibatkan nilai rampasan RM10.19 juta dari awal tahun hingga 31 Mei lalu.

Sebahagian komen netizen yang menyelar kenyataan Norena.

Ujarnya, rakyat perlu memahami situasi kenaikan harga barang disebabkan inflasi di seluruh negara ketika ini.

“Sekarang ini kerajaan memutuskan untuk bagi lagi pelbagai subsidi untuk bagi kita tak terbeban dengan inflasi tapi kita mohon sangat dengan rakyat terutama rakyat Melaka supaya faham, kita sekarang dalam inflasi yang tinggi.

“Bukan Malaysia sahaja alami tekanan barangan naik, bahkan satu dunia. Ini bukan isu baru,” katanya lagi.

Rakaman video berkenaan tular sejak semalam (Jumaat) di media sosial dan menerima kecaman hebat daripada masyarakat.

Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana kenyataan tersebut yang disifatkan ‘dangkal’ dan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

“Kenyataan seperti ini tak sepatutnya keluar dari seotang yang berstatus pengarah negeri. Ini bukan penyelesaian bagi rakyat.

“Bagaimana pula dengan keluarga yang hanya mampu makan telur untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam? Statement b*d*h.

“Kenyataan paling kelakar pada 2022,” demikian antara komen warga maya.

FB Puan NORENA JAAFAR, Pengarah KPDNHEP Melaka, Hilang Dari Radar

Leave a Reply

Your email address will not be published.