Hiburan

“Jangan berani Cari pasal” Berjaya Jadi Penggusti Terbaik Asia Tenggara, Sekali Undertaker Tampil Beri ‘Warning’ Kepada Shaukat

Umum sedia maklum, bintang gusti negara, Shaukat kini sedang beraksi di Reality Of Wrestling iaitu sebuah pentas gusti yang dimiliki oleh lagenda WWE, Booker T di Texas, Amerika Syarikat

Sebagai rekod, Shaukat merupakan seorang ahli gusti pertama dari Asia Tenggara yang mengembangkan kariernya ke Hollywood dalam dunia wrestling. Shaukat atau nama penuhnya Ayez Shaukat Fonseka berusia 34 tahun dan sudah 13 tahun dalam bidang gusti ini.

Bagi sejumlah besar individu yang membesar pada tahun 90-an serta awal tahun 2000, pastinya anda cukup tahu kemeriahan industri gusti WWE yang menampilkan pelbagai nama besar seperti The Rock, Stone Cold Steve Austin, Kane dan juga Undertaker.

Impak daripada industri gusti ini bukan sahaja membuatkan sukan ini mempunyai jumlah peminat yang ramai, malah turut membuatkan segelintir individu berminat untuk menceburinya.

Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan

Itulah yang terjadi buat Ayez Shaukat Fonseka atau lebih dikenali sebagai Shaukat untuk meneruskan impian beliau menjadi ahli gusti profesional negara. Lebih membanggakan, penggusti berusia 34 tahun ini turut dilamar menyertai Reality Of Wrestling yang dikendalikan oleh Booker T di mana beliau tampil dengan imej memakai tanjak.

Terbaharu, sebuah pencapaian besar buat dirinya dan industri gusti tanah air apabila Undertaker selaku legenda sukan gusti profesional dan juga merupakan individu yang menginspirasikan Shaukat untuk bergusti tampil dengan sebuah video ringkas menerusi TikTok @coachshaukat dalam mengucapkan tahniah serta memberi ‘amaran’ kepada beliau.

Untuk pengetahuan, Undertaker mengucapkan tahniah kepada Shaukat bukan sahaja atas kejayaan beliau untuk penggusti malah Shaukat turut dilabel sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara dan lebih membanggakan, beliau tampil dengan inisiatif membuka syarikat gusti tersendiri yang bertempat di Kota Damansara.

Di sebalik ucapan tahniah yang dibuat Undertaker dengan penuh karisma dan berkarakter, para netizen nampaknya lebih tertumpu dengan ‘amaran’ Undertaker terhadap Shaukat. Tidak kurang juga yang memaklumkan akan terus menyokong perjuangan Shaukat sebagai ahli gusti profesional tanah air.

Seronok Dapat Tanjak Shaukat, Cara Anak Mat Salleh Tunduk Hormat Ini Curi Tumpuan Ramai

Apa yang cukup membanggakan adalah Shaukat cukup popular apabila kehadirannya di gelanggang lengkap bertanjak. Ini membuatkan ramai bangga apabila Shaukat membawakan adat pakaian masyarakat Melayu ke gelanggang di Hollywood.

Baru-baru ini beliau juga telah berkongsi satu video pendek di mana seorang anak mat salleh yang menghadiri ke acara Reality of Wrestling berasa sangat gembira setelah dipakaikan tanjak oleh Shaukat sendiri.

Tonton video sedutan di bawah yang dimuat naik oleh Shaukat di TikTok:

Bangga nama Malaysia dan budaya tempatan dapat dilihat melalui sukan gusti di pentas antarabangsa

Pada awal video itu, dapat dilihat Shaukat bersalaman dengan para pengunjung acara gusti berkenaan, seorang kanak-kanak menundukkan kepala ‘sembah hormat’ kepada Shaukat.

Lalu Shaukat memakaikan anak mat salleh itu dengan tanjak yang dipakainya dan menuju ke arah gelanggang gusti untuk beraksi.

“Bangga dapat perluaskan budaya nusantara di Hollywood, dan buatkan anak-anak kecil di sana tertarik dengan budaya kita,” kongsi Shaukat di laman rasmi TikTok miliknya.

“Untung anak Mat Salleh tu gembira betul dia dapat tanjak daripada bintang wrestling” – Netizen

Perkongsian Shaukat itu membuatkan ramai netizen berbangga kerana beliau bukan sahaja membawa nama Malaysia melalui sukan gusti ke pentas antarabangsa, bahkan mengembangkan lagi budaya tempatan ke mata dunia.

Dalam pada itu, aksi yang ditampilkan dalam video berkenaan merupakan perlawanan gustti kali kedua buat Shaukat di Reality of Wrestling dan beliau turut memenanginya.

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 425.2K views, 35.8K likes dan 519 comments di TikTok, rata-rata netizen turut berbangga dan gembira melihat reaksi anak mat salleh itu.

KREDIT: https://www.thevocket.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.