Uncategorized

“Kalah Anak Tan Sri” Netizen Pertikai Kehidupan Mewah, Ini Respon Padu Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mendedahkan ada segelintir netizen yang kurang senang melihat kehidupan peribadinya bersama suami, Faris Khairol Anuar dan anak-anak.

Dari bujang lagi suka shopping

Membuka ruang untuk peminat di Instagram (IG), Elfira menjawab soalan warganet yang bertanya dari mana datangnya sumber kewangan sejak bujang lagi.

Dakwa individu tidak dikenali, pengacara berumur 28 tahun ini jarang berlakon malah tidak ada bisnes yang diuruskan.

Macam mana hidup awak sangat mewah? Nak kata berlakon banyak tak pun. Berniaga pun tak. Pendapatan dari mana? Tapi dari bujang lagi suka shopping mengalahkan anak Tan Sri.

Saya ada duit

Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menegaskan dia seorang wanita yang bekerjaya dalam mencari rezeki. Katanya, biarpun hanya untuk membeli goreng pisang, dia tetap menggunakan duit sendiri.

Saya ada duit okey. Saya kerja siang dan malam cari duit. Saya nak beli goreng pisang pun saya tak minta duit laki (suami) saya. Saya beli sendiri.

Kalau saya jenis minta duit lelaki ‘kaya’ ni, saya dah pakai Ferrari. Tak adalah pakai kereta saya sekarang.

Paling-paling pun saya akan ada empat maid (pembantu rumah). Tapi tak, saya urus semua sendiri.

Terdahulu, Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari 2019 memiliki anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Elfira Loy

Nama penuh: Nurul Elfira Loy bt Ahmad Sabri

Nama popular: Elfira Loy

Tarikh lahir: 8 Mac 1994

Umur: 25 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan pengacara

Media sosial: Instagram @elfiraloy

Fakta Menarik

1. Juga dikenali sebagai Elfira atau El.

2. Anak kedua kepada pasangan Ahmad Sabri dan Filzah Binti Yusoff. Tiga adik-beradiknya yang lain ialah Ahmad Ezzraa Loy (abang sulung), Nurul Ezzlisa Loy (anak ketiga) dan Ahmad Ezzrin Loy (anak keempat). Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy juga pelakon yang popular menerusi siri Oh My English.

3. Elfira merupakan pelajar pintar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

4. Selepas persekolahan, beliau yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), melanjutkan pengajian di KDU College Sdn Bhd , Subang Jaya sambil bekerja di sebuah kafe.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

6. Antara drama, telefilem dan siri yang menaikkan namanya seperti Cinta Itu Buta, Persis, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Selaginya Ada Cinta, Chinta dan Disney Waktu Rehat.

7. Lain-lain drama lakonannya seperti Tentang Bulan The Series, Senja Permai, Kum Kum The Series, Samson & Delaila, Jangan Ambil Padang Kami, Dalam Hati Ada Taman, Demi Dia, Arka Raja Haji, Separuh Jiwaku dan Kerna Syurga Bukan Percuma.

8. Beberapa telefilem dibintanginya seperti Cinta Itu Buta, Sabrina Vs Sazaly, Kum Kum, Ekspress Dania, Untuk Terakhir Kali, Aku Bukan Malaikat , Biasan, Di Sebalik Kasyafmu, Ketika Cinta Merintih, Menantuku Rock dan Cinta Tanpa Syarat.

9. Pembabitannya di layar perak pula antaranya menerusi filem Damping Malam, Second Change dan Rentap.

10. Juga teater Ali Baba: Bujang Lapok, Ibu Zain 1 & 2, Ali Baba dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

11. Elfira pernah memegang peranan sebagai model untuk iklan produk-produk terkemuka seperti Motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp, Sofy Body Comfit, F&N dan The New Face Of Maybelline New York (Malaysia).

12. Pemegang trofi Pelakon Pembantu Terbaik menerusi drama Kum Kum di Anugerah Skrin 2011.

13. Bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017, namun akhirnya putus pada Februari 2018.

14. Elfira kemudiannya bertunang buat kali kedua dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 2 September 2018 sebelum mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup.

Sumber: Instagram @elfiraloy

Leave a Reply

Your email address will not be published.