Hiburan

“Karisma Dia Cukup Jd Hero..” Beraksi Dalam Filem John Wick & Star Wars, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Yayan Ruhian

Lakonan mantap para pelakon dalam filem Mat Kilau membuatkan filem ini bakal diingati oleh para penonton. Kehadiran pelakon aksi terkemuka dari Indonesia, Yayan Ruhian ternyata menambahkan lagi kehebatan filem Mat Kilau.

Nama Yayan Ruhian tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat filem aksi kerana beliau sebelum ini pernah muncul dalam filem hebat seperti The Raid, Star Wars dan paling diingati adegan lawan beliau bersama Cecep Arif Rahman menentang Keanu Reeves dalam John Wick 3.

Rakyat Malaysia juga mengenali Yayan yang pernah berlakon dalam filem tempatan seperti WIRA dan lain-lain. Kemunculannya membawa watak toga banyak memberi kesan kepada penonton yang menonton secara terus filem mat kilau.

Yayan merupakan pelakon yang berasal dari Indonesia dan dilahirkan pada 19 oktober 1968. Kampung halamannya adalah di Tasikmalaya di jawa barat, indonesia.

Selain menjadi pelakon, dia juga merupakan artis seni belas diri dan ahli pembuat aksi. Yayan mula aktif sejak tahun 2007 lagi.

Dia juga pernah membintangi filem antarabangsa bersama dengan keunu reaves dalam filem John Wick: Chapter 3- Parabellum.

isterinya Yayan bernama wawa suwartini dan dikurniakan 3 orang anak. Mereka berkahwin pada tahun 1997

Karya lakonan Yayan Ruhian di Hollywood, Malaysia dan Indonesia.

Pelakon Yayan ini telah mengembangkan bakatnya ke Hollywood sejak awal pembabitannya dalam dunia seni. Dia juga pernah membintangi filem star wars dan juga John wick.

Filem Wira yang baru ditayangkan baru-baru ini telah mendapat pujian dan respon positif daripada penonton serta pengkritik filem.

Antara yang dipuji adalah babak pertarungan dalam filem ini yang disifatkan bertaraf Hollywood.

Namun tahukah anda kesemua koreografi itu dihasilkan oleh pelakon Wira itu sendiri iaitu Yayan Ruhian.

Persoalannya siapakah Yayan Ruhian? Ini antara fakta menarik tentang pelakon lagenda Indonesia ini.

#1 Tokoh Silat Indonesia

Jika di Indonesia, Yayan lebih dikenali sebagai tokoh silat yang berasal dari Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia.
Pembabitannya lebih 30 dalam dunia seni bela diri itu menjadikan dia begitu dikagumi hingga membawanya ke dunia lakonan bercorak aksi.

#2 Mula Dikenali Menerusi Filem…

Filem yang dilakonkan oleh Yayan bukan calang-calang kerana hampir kesemuanya bertaraf antarabangsa.

Nama Yayan mula dikenali menerusi filem Merantau dan The Raid sebelum muncul dengan lebih ‘brutal’ dalam The Raid 2.

#3 Percaya Atau Tidak Yayan Sebenarnya Pernah…

Mungkin ramai yang tidak tahu, Yayan pernah beraksi dalam filem blockbuster hebat iaitu Star Wars Episode VII: The Force Awakens.

Yayan memainkan peranan sebagai Tasu Leech iaitu ketua Kanjiklub Gang yang beroperasi sekitar tiga puluh tahun setelah Pertempuran Endor.

#4 Bintang John Wick

Berlakon satu filem bersama Keanu Reeves antara pencapaian terbaik Yayan.

Bayangkan, kutipan filem John Wick : Chapter 3 – Parabellum pernah menggalahkan dominasi Avengers: End Game ketika tayangan di Amerika Syarikat.

John Wick : Chapter 3 – Parabellum berjaya mengutip sebanyak USD57 juta (RM239 juta) berbanding Avengers: Endgame dengan kutipan sebanyak USD29.4 juta (RM123 juta) pada minggu pertama tayangan.

#5 Yayan Vs Hairul Azreen Dalam Wira

Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

MENGHORMATI jadual penggambaran filem biografi epik sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pelakon aksi Indonesia, Yayan Ruhian hampir tidak berpeluang muncul di Hollywood menerusi John Wick 3.

Yayan Ruhian, aktor terkenal dengan seni bela diri yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat filem aksi.

PELAKON BERUSIA 53 TAHUN ITU TERDAHULU PERNAH MUNCUL FILEM HEBAT SEPERTI SEKUEL THE RAID, STAR WARS, BEYOND SKYLINE DAN APOCALYPSE. SELAIN FILEM MAT KILAU, YAYAN MUNCUL MENENTANG KEANU REEVES BERSAMA CECEP ARIF RAHMAN DALAM JOHN WICK 3.

Di sebalik watak antagonis sebagai Toga yang digalasnya, Yayan mendedahkan kepada Tempo bahawa dia pernah hampir tidak berpeluang muncul di dalam John Wick 3 kerana menghormati jadual penggambaran Mat Kilau.

“Mereka hubungi saya pada April 2018 dan mahu saya mula shooting pada bulan Mei. Kebetulan saya sedang shooting Mat Kilau di Malaysia. Kerana profesional dengan kontrak, saya tolak.

“SAYA FIKIR REZEKI ITU DIATUR OLEH SANG PENCIPTA. RUPANYA FILEM ITU MEMANG DITAKDIRKAN UNTUK SAYA. EMPAT HARI SETELAH PANGGILAN YANG PERTAMA ITU, PIHAK PRODUKSI JOHN WICK 3 KEMUDIANNYA MENGHUBUNGI SAYA KEMBALI UNTUK ATUR JADUAL MENGIKUT KESESUAIAN SAYA,” KEPADA TEMPO.

Dipilih tanpa audition

Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman dipilih terus untuk menyertai John Wick 3 tanpa sebarang sesi pemilihan kerana pihak produksi John Wick 3 terpikat dengan kehebatan seni bela diri Yayan dan Cecep.

Yayan berkata pihak produksi cuma terangkan serba sedikit koreografi tempur dengan Keanu Reeves dan mereka berlatih untuk adegan itu. Lebih menarik, dialog Bahasa Indonesia dituturkan semasa adegan tersebut dan senjata nusantara kerambit dipilih untuk muncul dalam John Wick 3.

Bangga dapat berlakon filem di bawah kendalian Syamsul Yusof

Menurut Yayan, beliau berbesar hati apabila menerima tawaran berlakon daripada Syamsul Yusof. Baginya, beliau rasa seronok dan senang berlakon filem arahan Syamsul Yusof.

Yayan berkata nama Syamsul Yusof besar di Indonesia kerana ada karya filemnya yang ditayangkan di Indonesia. Dalam satu temu bual, beliau berharap lakonannya dalam filem Mat Kilau diterima baik oleh penonton dan mahu filem tersebut pergi jauh; bukan sahaja untuk pasaran Malaysia.

Yayan Ruhian telah beberapa hari berada di Malaysia untuk rangka kerja promosi filem Mat Kilau. Sebelum berangkat pulang ke Indonesia, beliau sempat menziarahi Makam Pahlawan Mat Kilau di Kg. Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

“Sebelum kembali ke Indonesia, berziarah ke Makam Pahlawan Mat Kilau, di Kg. Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini. Harap-harap boleh silaturahmi dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir batin jika ada silap dan khilaf,” tulis Yayan.

Filem Mat Kilau menempa sejarah perfileman Malaysia dengan kutipan sebanyak RM12 juta dalam masa empat hari tayangan. Filem arahan Shamsul Yusof itu rata menerima ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik dan berjaya membangkitkan semangat patriotik.

Berikut merupakan senarai filem lakonan Yayan ruhian untuk anda.

2009 Merantau

2011 The Raid

2014 The Raid 2

2015 Gangster , Yakuza Apocalypse: The Great War of The Underworld, Star Wars: The Force Awakens, Comic 8: Casino Kings Part 1

2016 Pre vis Action, Comic 8: Casino Kings Part 2 dan Iseng (Reckless)

2017 Beyond Skyline, Satria Heroes: Revenge of Darkness

Fakta dan Biodata Yayan RUHIAN, Filem Mat Kilau

2018 Wiro Sableng: Pendekar Kapak Maut Naga Geni 212

2019 John Wick: Chapter 3 – Parabellum, Hit and Run dan Wira.

2020 Tarung Sarung, Pasal Kau!, Skylines

2021 Gas Kuy dan Penyalin Cahaya.

2022 Ben & Jody, Satria Dewa: Gatotkaca dan Mat Kilau.

AKAN DATANG Ashiap Man, Boy Kills World

Kita tahu bakat yang ada dari anak kelahiran indonesia ini. Pasti kita harap dapat berkembang lagi dalam filem-filem hollywood yang lain. Tahniah Yayan Ruhian!

kredit: IG Yayan ruhian, SINAR,

Leave a Reply

Your email address will not be published.