Amalan

‘Kena Pukul, Bukan Sebab Nakal…’ – Pemilik Video Viral Tampil Cerita Situasi Di Rumah, Sekali Che Puan Khaleeda Mula Bersuara

Susulan video miliknya tular, pemilik video di mana seorang wanita dilihat memukul kanak-kanak berusia 4 tahun kerana enggan makan tampil menceritakan situasi di rumah berkenaan.

Tak sampai setahun jadi anak angkat

Menerusi satu video baharu yang dimuat naik Aqiel, selebriti TikTok itu mengakui bahawa memang dia sendiri yang merakam video berkenaan dengan niat untuk menularkannya kerana tidak tahan melihat kanak-kanak itu didera.

Aqiel yang bekerja dengan wanita berkenaan berkata, dia melihat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Alia, dider4 dan dipu,kul hampir setiap kali waktu makan berpunca daripada alasan yang tidak munasabah.

Ya, saya yang merakam video itu secara senyap-senyap.

Saya dan kawan saya empat orang, duduk di rumah itu dan berkerja.

Kami dah tak tahan tengok Alia dipukul sebegitu setiap kali makan… bukan dipukul sebab nakal… Alia dipukul setiap hari hanya disebabkan makan lambat, tak nak makan, kenyang.

Menurut Aqiel, dia dan rakan-rakan membuat keputusan untuk merakam dan menularkan video tersebut bagi mendapatkan keadilan buat kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Aqiel juga memaklumkan bahawa Alia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga tersebut kurang daripada setahun iaitu sekitar bulan Februari, tahun ini.

Selain itu, Aqiel difahamkan bertindak merakam video tersebut tanpa pengetahuan majikannya sehari sebelum mereka membuat laporan polis.

Aqiel serta rakan-rakan telah mendapatkan bantuan orang luar untuk membawa mereka keluar daripada rumah tersebut dan ke balai polis bagi membuat laporan.

Semalam saya dah buat report dekat IPD Kajang, saya dan kawan saya 4 orang semua pergi sekali.

Pada pukul 4 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di rumah pelaku dan tangkap mereka.

Saya dan kawan-kawan saya akan bertarung sedaya upaya bagi mendapatkan keadilan buat Alia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Aqiel dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan, selain berharap agar keadilan berpihak kepada Alia.

“Saya akan pastikan pender4 kanak2 tak akan terlepas” -Che Puan Khaleeda

Perkongsian yang dibuat oleh pemuda dikenali dengan nama Aqil itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam.

Menerusi Instagram Che Puan Khaleeda, baginda telah mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut.

Akan cari maklumat tentang kes ini

Justeru itu, Che Puan Khaleeda memaklumkan akan segera mendapatkan infomasi tentang hal tersebut dan akan memastikan pelaku tidak terlepas dengan mudah

“Bin4tang pun tak didik anaknya sebegini”

Semoga ada keadilan buat adik Alia
Baginda juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas yang mereka dilakukan.

Setakat ini, pelaku telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Justeru itu, Che Puan Khaleeda berharap agar adik Alia akan mendapat keadilan selayaknya.

Dalam pada itu, Che Puan Khaleeda juga mengucapkan terima kasih kepada netizen semua yang sudi berkongsi video kejadian tersebut kepadanya dan memberikan peringatan kepada semua supaya tidak melakukan pender4an terutamanya kepada anak kecil.

Sumber: Instagram @theaqil7, @ymchepuankhaleeda

Leave a Reply

Your email address will not be published.