Hiburan

“Kita tahu masa pandemik, ramai yg tertekan” -Muncul Di Meletop, Sharifah Shawati Buka Cerita Pasal Selendang Pemberian Dari Zalina Azman

KUALA LUMPUR : Rakan baik kepada bekas personaliti TV yang hilang, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman, Datin Sharifah Shawati menyifatkan rakannya itu sebagai seorang insan yang kuat.

Ketika temu bual dalam program MeleTOP pada Selasa malam, Sharifah yang tampil berjubah hitam dilengkapi selendang pemberian rakannya baiknya itu, percaya bahawa Zalina masih berada dalam keadaan selamat.

**Rakaman temu bual di pautan terakhir artikal

“Saya ingin percaya, dia masih bersama dengan kita. Dia ada di luar sana, sebab saya tahu Zalina mempunyai keinginan yang cukup kuat, dia insan yang kuat .
“Jadi Zal, sekiranya kamu sedang melihat kami sekarang, kamu tahu kita sedang mencari anda. Kami sayangkan anda dan ingin anda tahu, anda tidak keseorangan.

“Kamu perlu jadi seorang yang kuat, kerana apa sahaja yang sedang dihadapi kamu sekarang ini, kami tidak tahu, tetapi kita semua bersama dengan kamu, Zal.

“Kami sayangkan anda. Tolong hubungi mak ayah, keluarga dan beritahu mereka kamu selamat

“Kami tidak akan berhenti mencari anda,” kata Sharifah.

Menurut beliau lagi, Zalina adalah merupakan insan yang menjaga kisah peribadi dan tidak suka menjaja cerita yang tidak perlu.

Katanya dia sendiri telah lama terputus hubungan dengan rakannya itu.

Sharifah Shawati berkongsi keperibadian rakan baiknya itu dalam temu bual rancangan MeleTOP pada Selasa. -Gambar/ Facebook MeleTOP

“Saya dah lama tidak jumpa dengan Zalina. Pada kali terakhir saya bertemu dengannya adalah ketika sambutan hari jadi. Lama sangat.

“Masa itu saya diminta menjadi pengacara majlis untuk anak dia Mikal yang hendak berkahwin, tetapi sekarang Mikhael Norman sudah berumur 33 tahun. Bayangkan betapa lama tidak bertemu selepas itu.

“(Saya ada cuba) telefon sebab nak keluar dengan dia (tapi dia) tidak jawab. Jadi kami beranggapan dia mahu kehidupan peribadi. Jadi kita kena hormat,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Sharifah turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian yang tidak benar atas kehilangan rakannya itu.

“Kita perlu hormat keluarga dia dan dia sendiri. Dia yang saya ingat adalah seorang yang begitu baik hati, tetapi bab-bab rahsia…

“Kita tahu masa pandemik, ramai yang tertekan, kita pun sebenarnya. Tekanan dan keresahan semua akan menghadapinya dan cara kita menghadapi itu yang penting.

“Bukan saya katakan ia berkait dengan Zalina, cuma kalau pandemik itu ramai yang rasa seperti itu, ada kemungkinan dia merasakan begitu atau dia tidak mahu orang kacau dia, saya tidak tahu. Mungkin dia tidak mahu susahkan orang,” tambahnya lagi.

Sharifah Shawati juga ada berkongsi kisah selendang pemberian dari Zalina yang dia masih simpan sehingga ke hari ini

Selain reputasinya, sudah pastinya ramai yang ingin tahu lebih lanjut siapakah sebenarnya Zalina Azman ini? NONA kumpulkan 10 fakta tentang Zalina Azman yang tdak semua tahu.

1. Nama asalnya ia Zalina Shaara Azman dan berusia 58 tahun pada tahun ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, Zalina merupakan warganegara Indonesia.

2. Zalina memiliki Sarjana Kewartawanan, Zalina mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.

3. Pasti ramai yang merindui suara dan kepetahan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58 menyampaikan berita berbahasa Melayu dan Inggeris

4. Kewibawaan Zalina Shaharah Azman ketika menyampaikan berita dan mengacarakan program Money Matters sememangnya tidak dapat disangkal.

5. Zalina pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela

6. Beliau turut berpeluang menemuramah bintang popular Hollywood, iaitu selebriti Beyonce Knowles dan Britney Spears.

7. Selepas bersara, Zalina menulis beberapa buah buku. Antara karyanya ialah Mystical Mangla dan V for Vintage.

8. Zalina pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki Bernama Mikhael Norman, 33 namun sehingga kini identity suaminya masih tidak diketahui.

9. Pernah menggalas amanan untuk mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-15 dan 16 pada tahun 2000 dan 2001, digandingkan bersama Aidil Abdul Ghafar

10. Selepas perkhidmatan bersama TV3 ditamatkan, Zalina dikatakan memilih untuk menyepikan diri dan menjalani kehidupan lebih privasi.

Kami dari pihak Kecoh Ape mendoakan agar Zalina Azman dapat ditemui selamat dan pulang semula ke pangkuan keluarganya.

Sebelum ini, media melaporkan, Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih belum ditemui walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lepas.

Dalam pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati, keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.

Sumber: Sinar Plus & Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.