Uncategorized

Lawak Tak Jadi, Harith Beritahu Kenapa Wanita Itu Perlu Bantuan’

Harith Iskander berpendapat persembahan seorang wanita menghina agama Islam dalam sebuah kelab komedi di Tun Dr Ismail (TTDI) tular semalam langsung tidak mempunyai standard sebagai pelawak.

Katanya, ia disebabkan tindakan wanita itu mempersenda Islam dengan menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan yang disifatkan sangat tidak patut.

“Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok apa wanita ni buat sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan,” katanya di media sosial malam tadi.

Tambahnya, sesebuah persembahan dicipta untuk buat orang ketawa, justeru, pelawak sepatutnya bercerita dengan cara tersendiri untuk membuat penonton tergelak.

“Kandungan atau topik persembahan boleh menyuntik situasi semasa dan pelbagai sudut berbeza.

“Penonton gelak sebab pelawak menghasilkan komedi yang boleh membuatkan mereka terkejut. Tugasan ini perlu ada kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak,” katanya.

Terdahulu, menjelang perayaan Aidil Adha seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri dengan mengakui dirinya wanita Muslim. Dakwaanya, dia sudah menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Sejurus selesai memperkenalkan diri, wanita berkenaan kemudian membuka tudung dan baju kurung dipakai dalam video berdurasi 53 saat itu.

ADS

Dia hanya meninggalkan pakaian mencolok mata yang mendedah sebahagian dada serta memakai skirt pendek menampakkan sebahagian paha.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjalankan siasatan berhubung video yang tular dipercayai menghina Islam terbabit.

Menurut Harith, tindakan wanita itu sekali gus mencemarkan kredibiliti komediri yang lain.

“Dia boleh saja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.

“Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh,” katanya.

Pernah dinobatkan sebagai Manusia Paling Lucu Di Dunia menerusi pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland pada 2016, Harith berkata, dia menyuarakan pandanganmya itu atas paksi dirinya berada dalam komuniti komedi tanah air.

Harith juga mengulas persoalan kenapa kelab komedi berkenaan membiarkan wanita itu membuat persembahan.

Katanya. ia adalah ruang terbuka malam komedi (open mic comedy night) justeru ia memberi peluang kepada sesiapa saja yang berhasrat menjadi pelawak.

“Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ni mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai.

“Kebanyakan pelawak di Malaysia bijak. Jadi, jangan pukul rata apa dilakukannya dengan apa yang pelawak sedia ada lakukan.

“Wanita ini perlu bantuan. Harap ‘ubat’ boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung,” kata Harith sinikal.

Tambahnya lagi, tidak semua persembahan lawak akan disukai ramai.

“Setiap orang ada cita rasa. Ada persembahan tak lawak, tapi bertukar menyinggung perasaan. Saya sendiri menghakimi kerjaya ni dengan niat nak melawak atau buat orang tersinggung.

“Wanita ni memang menyinggung sensitiviti orang dengan kejutan dilakukan,” katanya.

kredit:mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published.