Entertainment

Lelaki Hin4 Islam Ditahan Reman Esok. Pekerjaan Sebenar Dia Didedakan

SEPANG: Lelaki yang menghina Islam seperti tular di media sosial hari ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang esok untuk permohonan reman.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan pukul 12.30 tengah hari tadi di sebuah rumah di Taman Bukit Kuchai, Puchong.

Seorang Penghantar Makanan

Beliau berkata, suspek yang juga duda dan bekerja sebagai penghantar makanan itu ditahan susulan satu video berdurasi 36 saat yang tular di laman Instagram.

“Video tular itu memaparkan suspek menghina Allah, agama Islam dan bangsa Melayu pukul 3.28 pagi tadi. Susulan itu, kami menerima enam laporan polis oleh orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Wan Kamarul berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan suspek untuk merakam video berkenaan dan semakan mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah lampau serta ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah.

“Kami juga menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut. Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video menghina Islam di laman sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata makian. Dalam video itu, lelaki berkenaan juga didakwa mencabar orang Melayu dan Islam supaya bertemu dengannya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.